UCL: Prestasi United makin kelam

Football
15 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Prestasi United makin kelam

MADRID – Manchester United terus dirundung malang apabila gagal mencatat kemena­ngan dalam lima perlawanan berturut-turut selepas tewas 0-2 kepada Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Wanda Metropolitano itu, Atletico menjaringkan dua gol menerusi Pablo Barrios dan Ademola Lookman selain menyaksikan pemain pertahanan United, Leny Yoro dilayangkan kad merah.

Aksi hambar ditampilkan United meletakkan kedudukan pengurus, Michael Carrick dalam bahaya apabila ada spekulasi yang mendakwa beliau berdepan kemungkinan dipecat seandainya situasi itu tidak berubah.

Carrick menyuarakan rasa kecewa atas kekalahan itu, le­bih-lebih lagi mereka turun de­ngan misi mencatat kemenangan bagi mengembalikan keyakinan pasukan selepas mengharungi tempoh mengecewakan.

“Perasaan saya bercampur baur ketika ini kerana kami datang ke satu tempat yang tidak mudah untuk bermain. Apa yang pasti, kami tidak bermula baik apabila membenarkan mereka menjaringkan gol awal.

“Memang kecewa kerana kami mencipta banyak peluang sepanjang perlawanan hari ini (semalam) tetapi gagal memanfaatkannya. Kemudian, laya­ngan kad merah juga memberi kesan kepada permainan kami,” katanya.

Justeru, beliau menggesa anak-anak buahnya supaya menampilkan aksi lebih baik selepas ini menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United di Elland Road Ahad nanti.

“Kami perlu cari jalan untuk memperbaiki prestasi pasukan dan saya yakin pemain-pemain sudah menjalankan tugas yang baik. Bagaimanapun, ia belum mencukupi kerana kami memerlukan kemenangan,” ujar Carrick. – AGENSI

The post UCL: Prestasi United makin kelam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved