
PUTATAN: Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) bersama alumninya mengedar beg kitar semula di Pekan Putatan, baru-baru ini.
Program itu membabitkan lebih 10 orang yang terdiri daripada kakitangan dan alumni UCSF.
Antara yang menyertai program itu termasuk Naib Canselor Dr Rafiq Idris, Ketua Pusat Bahasa Norasyikin, Pensyarah Nasrun dan Ketua Unit Alumni, Rozianah.
Menurut Dr Rafiq, UCSF terus memperkukuh program kesedaran bawa bag dan Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik yang sudah lama berlangsung di universiti itu.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “UCSF juga diunjurkan menjadi Green Model Boutique University. Falsafah dan konsep hijau merupakan perkara yang mendapat penekanan di UCSF sejak penubuhannya hampir 10 tahun lalu,” katanya.
Katanya, program mengedar beg itu merupakan simbol sokongan UCSF terhadap usaha kerajaan dan pemegang taruh untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang membawa kesan tidak baik kepada persekitaran.
“Dari perspektif universiti, kita akan berusaha menyokong usaha peralihan dan pemberhentian penggunaan plastik di premis tertentu secara berperingkat.
“Kita yakin inisiatif ini boleh direalisasikan jika program kesedaran dibuat secara berterusan,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
