UEFA ancam boikot Piala Dunia 2030

WorldFootball
31 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UEFA ancam boikot Piala Dunia 2030

NYON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membuat pertimbangan untuk memboikot kejohanan-kejohanan yang dianjurkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada masa hadapan, termasuk Piala Dunia 2030.

Ia susulan perancangan FIFA untuk mewujudkan anak syarikat yang akan membawa masuk pelabur swasta dalam usaha mereka untuk meningkatkan potensi komersial, termasuk hak penyiaran serta penajaan badan induk itu.

UEFA yang tidak mahu bola sepak menjadi alat untuk kepentingan sesetengah pihak, mengadakan mesyuarat tergempar bersama 55 ahli bersekutu bagi mencari jalan menyekat usaha FIFA melaksanakan rancangan tersebut.

“Perancangan (FIFA) ini sudah melanggar garis merah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh badan pentadbir. UEFA memandang serius perkara ini, begitu juga persatuan-persatuan bola sepak kebangsaan.

“Bukan sahaja kami, malah pemegang taruh seperti liga, kelab, pemain, penyokong, kerajaan serta sesiapa sahaja yang sayangkan sukan ini perlu bertindak bagi menghalang perancangan berkenaan,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, ini bukan kali pertama UEFA membuat ugutan kepada FIFA kerana pada 2021, mereka pernah menyatakan hasrat untuk memboikot kejohanan anjuran FIFA selepas badan induk itu mahu mengadakan Piala Dunia secara dwitahunan.

“Jiwa dan pentadbiran bola sepak bukan aset yang boleh dijual beli, lebih-lebih lagi kepada pihak yang tidak telus mengenai keuntungan diraih. Tidak ada sesiapa yang merupakan pemilik bola sepak, jadi FIFA tidak ada hak,” ujarnya. – AGENSI

 

The post UEFA ancam boikot Piala Dunia 2030 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved