Disney+ Kini Mempunyai 10 Juta Pelanggan Berbayar

TechnologyDigital
14 Nov 2019 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disney+ telahpun mempunyai 10 juta pelanggan berbayar hanya selepas sehari perkhidmatan penstriman video ini dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat, Kanda dan Belanda. Angka yang amat tinggi ini memenuhi ramalan penganalisa yang mengatakan Disney+ tidak akan mempunyai masalah menarik 10-18 juta pelanggan sebelum berakhirnya 2019.

image is not available
Sejurus selepas dilancarkan, Disney+ mempunyai lebih 700 filem dan siri-siri TV klasik di bawah payung Disney. Kandungan penuh nostalgia seperti siri animasi X-Men, The Simpson dan filem Alam Sinematik Marvel menjadi tarikan utama. Tetapi siri asli seperti The Mandalorian di dalam dunia Star Wars juga mendapat pujian kerana memberikan tumpuan kepada watak baharu.

Bagi pembaca Amanz yang mungkin ini melanggan Disney+ sebelum ia dilancarkan di Malaysia, kami sudah menerbitkan artikel tutorial di bawah.

  Sila Baca – Ini Adalah Cara Untuk Melanggan Disney+ Di Malaysia Sebelum Ia Dilancarkan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved