UGreen, jenama aksesori pengecasan terkemuka baru-baru ini bekerjasama bersama-sama dengan Hoyoverse, khususnya permainan mudah-alih Genshin Impact dan telah memperkenalkan sejumlah aksesori-aksesori pengecasan dengan tema permua tersebut, dan kini membawa masuk aksesori-aksesori tersebut untuk pasaran Malaysia.

UGreen menggunakan watak Kinich dan Ajaw sebagai tema untuk kolaborasi ini, dan pada keseluruhan bungkusan dan juga rekaan pada aksesori-aksesori ini, rekaan tema kedua-dua watak ini dapat diperlihatkan.
Keempat-empat aksesori ini termasuklah power bank UGreen Nexode Powerbank Genshin Impact Edition, UGreen Nexode Charger Genshin Impact Edition, UGreen MagFlow Wireless Charger Genshin Impact Edition dan juga UGreen USB-C to USB-C Cable Genshin Impact Edition.

UGreen Nexode Powerbank Genshin Impact Edition tampil dengan kapasiti pengecasan setinggi 20 ribu Watt dan boleh menyokong pengecasan peranti setinggi 100W, cukup berkuasa untuk mengecas bukan sahaja peranti pintar dan aksesori, tetapi juga komputer riba nipis dan ringan seperti Apple MacBook Air atau MacBook Pro 16.
Ia juga tampil dengan paparan skrin TFT yang memperlihatkan watak Ajaw apabila anda mengaktifkan powerbank ini, dan akan kemudiannya memperlihatkan pelbagai butiran pengecasan apabila anda menggunakannya, seperti kadar pengecasan, kapasiti kuasa yang tinggal dan kuasa elektrik yang mengalir daripada setiap palam yang digunakan.

UGreen Nexode Charger Genshin Impact Edition pula ialah sebuah pengecas 65W yang hadir dengan tiga palam, termasuklah dua palam USB Type-C dan satu palam USB Type-A yang boleh digunakan sekaligus dengan jumlah pengecasan setinggi 65W, sesuai untuk mengecas peranti pintar dan aksesori-aksesorinya.
UGreen MagFlow Wireless Charger Genshin Impact Edition pula ialah pengecas nirwayar yang menggunakan teknologi pengecasan Qi2 yang boleh mengecas peranti-peranti pintar dan aksesori pintar dengan sokongan pengecasan nirwayar pada kadar 15W.

Rekaan pengecas ini juga membolehkan tiga peranti untuk dicas pada masa yang sama, termasuklah peranti pintar di bahagian atas, fon telinga TWS di bahagian tapak, dan satu lagi palam USB Type-C yang boleh digunakan untuk menyambungkan kabel pengecasan jam pintar.
UGreen USB-C to USB-C Cable Genshin Impact Edition pula ialah sebuah kabel yang boleh mengecas peranti pada kadar 100W tanpa masalah dan mempunyai panjang 1 meter. Selain daripada itu, kabel ini hadir dengan tali pengikat kabel yang membolehkan anda menyimpan kabel ini dengan kemas, dan memastikan bahawa ia tidak berselirat didalam beg anda.

Dalam pada itu, UGreen juga telah membuka jerayawara di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, di aras LG2 di kawasan Central Avenue bermula 10 April sehingga 13 April 2025, sekiranya anda berminat untuk melihat sendiri aksesori-aksesori UGreen x Genshin Impact ini, dan membelinya kemudian.

Tanda harga untuk aksesori-aksesori pengecasan UGreen x Genshin Impact ini adalah seperti berikut, dan boleh dibeli melalui gedung atas-talian UGreen:


