
Nama personaliti media sosial, Kim Seri kembali menjadi bualan hangat selepas seorang individu tampil mendedahkan dakwaan mengejutkan mengenai wanita itu.
Menurut hantaran tersebut, pendedahan itu datang daripada seorang mangsa yang pernah berurusan dengan Kim Seri. Mangsa berkenaan menceritakan bagaimana dirinya ditipu sehingga kerugian berpuluh ribu ringgit, sebelum kisah itu dikongsi semula oleh pengguna lain di Threads.
View on Threads
Tulisnya,
Dia gunakan anak untuk raih simpati, ugut bunuh diri supaya orang kasihan. Bukan sekali dua, tapi kelemahan mangsa betul-betul dipergunakan sampai habis duit dikikis. Ini pinjam, bukan belanja travel.
Tambahnya lagi, Kim Seri digambarkan sebagai seorang yang berpura-pura jadi mangsa, sedangkan dialah pemangsa sebenar. Mangsa pula menurutnya seorang yang baik hati, namun kelemahannya dijadikan kesempatan.
Pendedahan berani ini bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan isu berkenaan.
Tukar Nama Di TikTok, Kim Seri Dah Cerai Dengan Suami Baru?
The post Ugut Ingin Bunuh Diri, Kim Seri Didakwa Raih Simpati Untuk Pinjam Duit Puluhan Ribu – “Dah Dapat Terus Diam” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



