“Ugut Itu Ini Minta Cerai Bagai” – Fara Salleh Tak Bagi Shuk Sahar Jumpa Atau Call Anak Sendiri?

LocalEntertainment
6 Mar 2025 • 11:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shuk sahar

Baru-baru ini tular di media sosial konflik rumahtangga melibatkan pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh.

Dalam perkongsian terdahulu, Fara mendakwa Shuk mengabaikan dirinya dan anak di dalam kandungan. Dakwanya, Shuk lebihkan rakan-rakan daripada keluarga sendiri, biar betul?

Terbaru, rakan Shuk menerusi Instagram @imraje menunjukkan Shuk sedang berbual dengan anaknya menerusi panggilan video.

Shuk Sahar call anak pun kena sembunyi?

Apa yang mencetuskan perbincangan netizen ialah kapsyen yang menyebut tentang bagaimana sebelum ini Shuk tak dibenarkan langsung berjumpa anak, apatah lagi nak video call macam ni.

image is not available

Raje Ridzuan Khai mendakwa Fara akan merajuk jika dapat tahu Shuk menghubungi anak senyap-senyap. Dakwanya lagi, kalau kantoi berhubung dengan anak, Shuk akan diugut dengan perkataan ‘cerai’.

“Kalau pentingkan member, baik dia biar awak mati je hari tu”

Dakwanya, pelawak berkenaan perlu call anak sorok-sorok dan isterinya akan merajuk jika dapat tahu.

Asyik dengar sebelah sana je. Sebelah sini malas nak bunyi tapi kat sini orang nak niaga. Jangan rosak kan mood nak niaga. Stop la heboh hal dalam kain sendiri yang awak nak jatuh kan tu suami sendiri.Kalau dia penting kan member baik biar je awak mati haritu masa sakit jantung..!!

Bukan tu je, kapsyen itu juga mengandungi sindiran kepada individu yang suka menghebohkan hal rumah tangga sendiri.

Lelaki ini juga menafikan kononnya Shuk tak sayangkan isteri. Jelasnya, Shuk sedang berusaha untuk mengumpul wang untuk merawat penyakit dihadapi isterinya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram @imraje


The post

appeared first on

.