Ugut ketua polis Kelantan, empat ditahan

LocalPolitics
8 Jan 2026 • 5:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis Kelantan menahan empat lelaki tempatan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Datuk Mohd Yusoff Mamat, yang dipercayai berkaitan dengan sindiket dadah atau along.

KOTA BHARU: Polis telah menahan empat lelaki warga tempatan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Kesemua mereka ditahan sejak beberapa hari lepas untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan mereka diupah oleh sindiket dadah mahupun along.

Mohd Yusoff berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Yusoff menerima ugutan dipercayai daripada sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukannya.

Ugutan itu berupa contengan menggunakan dakwat merah pada dinding lapang sasar di Gunong, Bachok pada 22 Disember lepas.