Ugut Nak Sebar Gambar Lucah ‘Ex’, Ikon Permotoran Kini Ditahan Polis

10 Dec 2022 • 7:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, dikhabar terdapat seorang individu yang dikenali sebagai ikon permotoran telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Berita terbabit telah disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir dan ia kerana individu terbabit dikatakan ingin menyebarkan gambar lucah bekas kekasih.

Dalam laporan Berita Harian, pihak polis telah menahan ikon permotoran tersebut bagi melakukan siasatan selepas menerima laporan daripada mangsa.

image is not available

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak itu turut memaklumkan bahawa suspek akan direman bermula pada hari ini hingga 13 Disember 2022 bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, identiti ikon permotoran terbabit masih belum dikenali pasti dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Sumpah Dia Macam Takyah Ada.." - Nampak Kaku Hos MeleTOP, Teruk Hawa Rizwana Dikutuk