Ugut polis bantuan, penjual besi buruk didenda RM3,500

12 Mar 2024 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tertuduh hadir di Mahkamah Majistret Bahau pada Selasa.

image is not available
Mahkamah Majistret Bahau menjatuhkan hukuman denda RM3,500 kepada seorang penjual besi buruk.

JEMPOL - Seorang penjual besi buruk dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau pada Selasa selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap seorang polis bantuan di sebuah ladang di Bahau, awal tahun lalu.

Tertuduh B M Krisnan, 56, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan ugutan jenayah dengan mengeluarkan perkataan ugutan "saya tembak you dan bakar pos pengawal" terhadap seorang lelaki berusia 20 tahun.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 28 Januari 2023 jam lebih kurang 7.15 petang di hadapan sebuah pos kawalan polis bantuan di Bahau.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

**media[2571497]**

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri manakala tertuduh diwakili peguam, Paul Krishnaraja.

Sebelum itu, Paul dalam rayuan memohon mahkamah mengenakan denda yang minimum dengan mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh.

Menurutnya, anak guamnya bukan sahaja perlu menyara keluarganya tetapi turut menjaga dua kakaknya yang salah seorang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28