Uhm Junghwa Kongsi ‘Doctor Cha’ Akan Kembali Dengan Musim Ke-2?

Entertainment
10 Oct 2023 • 11:32 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

“Doctor Cha” tidak dinafikan merupakan antara K-Drama paling popular yang ditayangkan pada tahun ini.

Terbaru, Uhm Jung-hwa telah terlibat dengan satu temu bual, susulan tayangan filem barunya “Fair Girl”.

Selain membincangkan tentang filem itu, pelakon wanita tersebut turut memberi respon tentang drama “Doctor Cha” yang telah meraih rating tinggi di saluran JTBC,

Saya harap tidak akan ada drama yang melepasi rekod itu. Selepas ia tamat, saya sedar betapa pencapaian ini sangat besar. Ia adalah perkara yang besar dan mengagumkan, membuatkan saya fikir perkara seperti ini juga boleh berlaku dalam hidup saya.

image is not available

Kemudian mengenai kemungkinan musim ke-2 bakal dihasilkan, Uhm Jung-hwa mengaku,

Saya ingin melakukannya.

Haa korang nak tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.