Penarikan Sekatan Amerika Syarikat Ke Atas Huawei Terhad Kepada Perkakasan Tertentu Sahaja

1 Jul 2019 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hujung minggu lalu Presiden Donald Trump mengumumkan Huawei dibenarkan semula berurusniaga dengan syarikat dari Amerika. Pengumuman dilakukan selepas pertemuan beliau dengan Presiden Xi Jinping ketika persidangan G20 di Jepun. Tetapi maklumat lebih lanjut diketahui hari ini dan nampaknya Huawei masih belum bebas sepenuhnya dari sekatan yang dikenakan pada bulan Mei lalu.

image is not available
Menurut laporan Reuter, Huawei masih lagi di dalam senarai Entity List yang memerlukan kebenaran dari kerajaan A.S sebelum pembelian dapat dilakukan. Pengerusi Majlis Ekonomi Negara Larry Kudlow yang di temuramah oleh Fox News berkata pembelian barangan yang boleh mendatangkan risiko ke atas keselamatan negara A.S masih lagi tidak dibenarkan.

Ini Huawei hanya dibenarkan membeli produk yang boleh dibeli secara meluas seperti cip pemproses misalnya. Trump dilaporkan membenarkan Huawei berurusniaga semula atas permintaan beberapa syarikat berteknologi tinggi dari Amerika Syarikat. Maklumat terperinci mengenai sejauh mana penarikan sekatan akan dilakukan hanya akan diketahui selepas wakil A.S dan China selesai berbincang mengenai perjanjian perdagangan yang kini dilakukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved