UIS, UAD Indonesia kukuh kerjasama penyelidikan pendidikan

18 Aug 2023 • 11:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 18 OGOS: Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universitas Ahmad Dahlan (UAD) Indonesia menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperkukuh kerjasama penyelidikan dalam bidang pendidikan.

Unit Komunikasi Korporatnya memaklumkan MoA yang ditandatangani pada 14 Ogos lalu membabitkan kerjasama dalam penerbitan jurnal pendidikan dan program mobiliti pelajar.

“Selain itu penglibatan pensyarah sebagai Profesor Pelawat, kerjasama penganjuran seminar serta kursus jangka pendek dengan pembelajaran yang disesuaikan,” katanya kepada Selangorkini.

MoA antara Fakulti Pendidikan UIS dan Fakultas Agama Islam UAD itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri UIS Profesor Madya Dr Mokmin Basri dan Rektor UAD Dr Muchlas M.T.

“UIS dan UAD pada 2019 pernah menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) dan ia diperkukuh dengan kerjasama terkini ini,” katanya.

Pada Jun lalu. UIS menandatangani MoA dengan beberapa pusat pengajian tinggi Indonesia termasuk Universiti Darussalam (Unida) Gontor bagi kerjasama berkaitan penyelidikan sukuk wakaf.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved