Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan UiTM akan menerima 10 unit Starlink dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan dan kualiti internet di kampus berkenaan. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia tidak dinyatakan lagi kampus-kampus yang akan menerima Starlink ini.
Perkongsian ini hadir lanjutan daripada penyerahan lesen perkhidmatan kepada Starlink baru-baru ini. Perdana Menteri sendiri telah menyatakan akan menguji Starlink di universiti dan institut pengajian tinggi terlebih dahulu dalam meningkatkan capaian internet.

Starlink merupakan perkhidmatan dibawah SpaceX, dimana ia memancarkan internet melalui satelit, sekaligus memastikan ia turut meliputi kawasan pedalaman – sesuatu yang sukar sekiranya perlu membina infrastruktur seperti kebiasaan.
Buat masa ini, kos terlibat untuk Starlink ini masih tidak diketahui untuk pengguna awam. Laman rasmi Starlink masih memaparkan pendaftaran minat sahaja, dan tidak menyatakan lagi kos untuk pengguna di Malaysia.
UiTM akan menerima 10 unit peranti Starlink bagi pertingkat perkhidmatan kualiti internet
Mesyuarat bagi perkasa, kukuh unit pemantauan 3R bersama Ketua Polis Negara akan diadakan minggu hadapan
Sumber: Menteri @kkd_gov, @fahmi_fadzil pic.twitter.com/oW3B0OF1fo



