UiTM berpesta gol belasah UMT

Football
14 Aug 2022 • 9:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain UiTM meraikan kejayaan membelasah UMT dalam aksi Kumpulan A pada Ahad.

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) meneruskan momentum positif saingan bola sepak Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 apabila membelasah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 6-0 pada Ahad. Pada aksi di padang Turf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), The Lions Roar memulakan pesta gol menerusi jaringan Muhammad Zharif Nazhan Refli pada minit ke-21 dan 35. Muhammad Syazman Jefry kemudian melebarkan lagi jaringan skuad kendalian Mohd Yazli Yahya dengan gol ketiga sebelum kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan. Bersambung babak kedua, UiTM menggandakan asakan dan usaha itu berhasil apabila Akmal Fahmi Mohd Ghazali meledak jaringan keempat pasukannya pada minit ke-65’. Gol itu ternyata menyemarakkan lagi semangat para pemain UiTM, apabila Wan Muhammad Aqil Hakimi Wan Ahmad Hazmi dan Muhammad Rifqy Remly menambah dua gol lagi pada minit ke-76’ dan 90'. “Alhamdulillah, kami cipta satu lagi kemenangan besar apabila para pemain menterjemahkan taktikal di padang. “Saya harap momentum ini diteruskan dalam aksi menentang UPSI,” kata Mohd Yazli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved