UiTM Jalan Othman kini Kampus Tun Arshad Ayub

26 Sep 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UiTM Jalan Othman kini Kampus Tun Arshad Ayub

SHAH ALAM – Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jalan Othman, Petaling Jaya diisytiharkan kepada Kampus UiTM Tun Arshad Ayub bagi mengenang jasa dan sumbangan tokoh pendidikan itu dalam pembangunan institusi berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selaras itu peruntukan sebanyak RM2.5 juta diluluskan bagi menaik taraf kampus berkenaan.

Katanya, legasi Allahyarham Tun Arshad telah menjadikan institusi tersebut semakin berkembang dengan pengurusan dan tatakelola yang baik daripada dikenali Dewan Latehan Rida kepada UiTM pada ketika ini.

“Tidak ramai yang kekal dengan sikap dan tatakelola serta tidak mengunakan nama agensi lain bagi memperkayakan diri atau merosakkannya.

“Jadi, kita harus belajar daripada beliau itu bukan sekadar pendiri atau penegak sistem namun cara mengurus serta bertanggungjawab dalam memastikan tatakelola yang baik,” katanya pada Himpunan Mesra Alumni UiTM, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Allahyarham Tun Arshad turut diumumkan sebagai Tokoh Alumni UiTM sepanjang zaman.

Dalam pada itu, Anwar turut meluluskan sumbangan masing-masing sebanyak RM100, 000 untuk Program Tunas Belia Neet dan Himpunan Mesra Alumni UiTM sebagai tada sokongan dan penghargaan terhadap usaha Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM). – KOSMO! ONLINE

The post UiTM Jalan Othman kini Kampus Tun Arshad Ayub appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved