Ujian Klinikal Ubat Tumbuhkan Semula Gigi Diuji Pada Manusia Tahun Ini Di Jepun

Health & Fitness
3 Jun 2024 • 10:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ujian Klinikal Ubat Tumbuhkan Semula Gigi Diuji Pada Manusia Tahun Ini Di Jepun

Kebanyakan orang dewasa memiliki 32 batang gigi kekal, tetapi seiring bertambahnya usia, kehilangan gigi atau ‘gigi rongak’ adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kini, saintis dari Universiti Kyoto dan Universiti Fukui sedang bersiap sedia untuk memulakan ujian ubat yang boleh menumbuhkan semula gigi yang hilang pada manusia.

Terdahulu, dipercayai ubat ini telah berjaya diuji pada tikus dan musang di makmal.

Dalam kajian yang dimulakan sejak tahun 2005, didapati bahawa gen ‘uterine sensitization associated gene-1’ (USAG-1) adalah punca utama pertumbuhan gigi terhenti pada manusia.

Difahamkan, dengan menghalang gen ini, gigi dapat tumbuh semula pada tikus dan musang yang telah diuji.

Susulan itu, ujian klinikal ke atas manusia dijadualkan bakal dilakukan di Hospital Universiti Kyoto dari September 2024 hingga Ogos 2025.

Pada peringkat awal, ia akan melibatkan 30 lelaki berusia antara 30 hingga 64 tahun yang telah kehilangan sekurang-kurangnya satu gigi geraham.

Kemudian, fasa kedua ujian ini akan melibatkan kanak-kanak berusia antara 2 hingga 7 tahun yang kehilangan sekurang-kurangnya empat gigi disebabkan kekurangan kongenital.

Sekiranya ujian ke atas manusia ini berjaya, rawatan menumbuhkan semula gigi dijangka akan ditawarkan secara komersial seawal tahun 2030.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved