Ujian lisan BM SPM diteruskan bermula Isnin hingga 5 Disember: Fadhlina

LocalPolitics
1 Dec 2024 • 11:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadhlina Sidek

PUTRAJAYA - Ujian lisan Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan seperti yang dijadualkan bermula Isnin hingga 5 Disember.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sidang media khas sebentar tadi.

Beliau berkata, keputusan berkenaan telah mengambil kira nasihat daripada pihak keselamatan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Calon terjejas dipindahkan ke pusat alternatif dan asrama bagi memastikan mendapat keselesaaan selain dapat mengulang kaji dengan lebih tersusun.

“Kerja pemindahan sedang dilaksanakan di semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya pada Ahad.

AKAN MENYUSUL