Ujian Membalikkan Proses Penuaan Manusia Akan Dimulakan Tidak Lama Lagi

TechnologyHealth & Fitness
28 Jan 2026 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hakikatnya semua manusia akan menjadi tua dan proses ini tidak boleh dibalikkan semula. Maka manusia sejak dari dahulu cuba melambatkan proses penuaan dengan mencipta diet, jamu dan rawatan kosmetik untuk kekal kelihatan muda belia. Di Amerika Syarikat, Life Biosciences sebuah syarikat pemula biosains telah diberikan kelulusan oleh FDA untuk memulakan ujian proses membalikkan proses penuaan buat pertama kalinya dalam sejarah manusia.

image is not available

Rawatan yang diberikan mama kod ER‑100 menggunakan konsep memprogramkan semula epigenetik” yang menetapkan semula kawalan genetik sel kepada keadaan lebih muda. Dalam ujian klinikal manusia yang akan dilakukan tahun, 12 pesakit glaukoma akan menerima suntikan 3 virus yang mengandungi gen yang memprogramkan semula sel mata.

Galukoma berlaku kerana mutasi sel yang semakin tua menyebabkan sistem saliran cecair dalam mata tergendala. Tekanan pada bebola mata meningkat sehingga saraf optik rosak. ER-100 akan mengembalikan sel mata ke keadaan lebih muda yang membolehkan saraf optik dan sistem saliran cecair kembali berfungsi. Dengan kata lain ia seperti healing factor watak Wolverine tetapi hanya di mata.

Dalam ujian ke atas tikus makmal, ER-100 berkesan dengan saraf optik tumbuh semula dalam beberapa kes. Kini keberkesanannya pada manusia pula akan diuji. Terdapat beberapa risiko besar seperti sel yang mengalami proses rejuvenasi ini kemudiannya menghasilkan tumor kanser. Life Biosciences berjaya membuktikan kepada FDA ER-100 selamat digunakan tanpa risiko kepada manusia.

Pada ketika ini rawatan hanyalah untuk pesakit glaukoma. Tetapi kajian yang dilakukan diharapkan boleh digunakan untuk pelbagai lagi rawatan penyakit disebabkan penuaan sel manusia seperti Parkinson, Alzheimer, kanser dan arthritis.

View Original Article