Pemandu maut traktor jatuh kolam

1 Oct 2019 • 4:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MUADZAM SHAH - Seorang pemandu traktor maut selepas jentera dipandunya terjunam ke dalam kolam di Kampung Langkap Luar di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa dilaporkan lemas selepas terperangkap dalam traktor yang terjatuh ke dalam kolam sedalam 1.5 meter.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, susulan maklumat diterima empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah ke lokasi bagi menggerakkan operasi menyelamat.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan bantuan kren bagi menaikkan traktor terbabit.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superntendan Kqmarulzaman Jusoh ketika dihubungi mengesahkan berhubung kejadian bagaimanapun masih menunggu laporan penuh berhubung kemalangan tersebut.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved