UK beri kontrak RM11.4b kepada firma berkait Israel

WorldPolitics
30 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UK beri kontrak RM11.4b kepada firma berkait Israel

LONDON: Sekurang-kurangnya 17 syarikat yang dikaitkan dengan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki menerima 125 kontrak daripada sektor awam United Kingdom (UK) bernilai lebih AS$2.85 bilion (RM11.4 bilion).

Menurut siasatan Al Jazeera, kontrak itu melibatkan pelbagai agensi dan perkhidmatan awam, termasuk penyelenggaraan jalan raya, pengangkutan, perkhidmatan kecemasan dan lesen memandu.

Siasatan itu mendapati syarikat yang disenaraikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana terlibat dalam aktiviti penempatan haram Israel, termasuk anak syarikat mereka, turut menerima kontrak daripada kerajaan UK.

Penemuan itu dibuat ketika lebih 140 ahli Parlimen Parti Buruh menggesa kerajaan mengharamkan perdagangan dengan penempatan haram Israel.

Perdana Menteri, Andy Burnham, kini sedang mempertimbangkan langkah berkenaan.

Analisis terhadap rekod perolehan awam, pemfailan syarikat dan pendedahan korporat mendapati nilai keseluruhan kontrak yang diberikan kepada 17 syarikat serta entiti itu mencecah AS$2.89 bilion (RM11.6 bilion).

Data berkenaan dikumpulkan penganalisis perolehan awam, Tussell, dan dikongsi kepada Al Jazeera.

“Bukti semakin meningkat UK mungkin melanggar kewajiban antarabangsanya dengan terus mengikat kontrak kepada entiti yang dikenal pasti PBB sebagai menyediakan bantuan sedemikian,” kata pakar undang-undang antarabangsa di London School of Economics, Stephen Humphreys.

Syarikat milik Motorola Solutions, gergasi teknologi dan komunikasi Amerika Syarikat (AS), menyumbang lebih AS$2.3 bilion (RM9.26 bilion) daripada keseluruhan nilai kontrak itu, dengan sebahagian besarnya melalui anak syarikatnya di Britain, Airwave Solutions.

Kontrak lain yang diteliti melibatkan syarikat di bawah empat kumpulan korporat lain, termasuk Heidelberg Materials, syarikat multinasional Jerman yang menghasilkan bahan binaan, kumpulan kejuruteraan Perancis, Egis, pengeluar kereta api Sepanyol, CAF, serta konglomerat China, Fosun.

The post UK beri kontrak RM11.4b kepada firma berkait Israel appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved