UK Haramkan Penggunaan Tembakau dan Vape Untuk Mereka Yang Lahir Selepas 2008

WorldHealth & Fitness
22 Apr 2026 • 2:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Parlimen UK meluluskan rang undang‑undang yang melarang penjualan tembakau dan rokok elektronik (vape) kepada sesiapa yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2009. Ia dijangka berkuat kuasa minggu depan selepas menerima perkenan Raja Charles III menjadikan UK negara kedua selepas Mauritius menguatkuasakan RUU generasi penamat (GEG) penggunaan produk tembakau.

image is not available

Sebelum ini New Zealand dan Malaysia turut ingin memperkenalkan GEG kepada individu lahir selepas 2025 tetapi kemudian terbengkalai kerana tekanan pengurangan cukai serta lobi oleh syarikat tembakau. Di UK, langkah pengharaman menyeluruh produk tembakau ini dilakukan bagi mengurangkan beban kesihatan awam dan kos rawatan berkaitan tembakau.

Kos rawatan penyakit berkaitan tembakau mencecah £3 bilion kepada NHS, menyebabkan 64,000 kematian dan 400,000 kemasukan ke hospital setiap tahun. Selain pengharaman produk tembakau, RUU mengukuhkan larangan merokok di tempat awam ke taman permainan kanak‑kanak, kawasan luar sekolah dan luar hospital.

Kawalan lebih ketat terhadap vape dan produk nikotin akan diperkenalkan serta larangan penjenamaan, promosi dan pengiklanan yang menyasarkan kanak‑kanak.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved