UK Kekal Kehadiran Diplomatik di Baitulmaqdis Timur Mengabai Perintah Penutupan Israel

WorldPolitics
9 Oct 2026 • 9:28 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: UK Kekal Kehadiran Diplomatik di Baitulmaqdis Timur Mengabai Perintah Penutupan Israel

Britain mengumumkan bahawa konsulatnya di Baitulmaqdis Timur yang diduduki akan terus beroperasi di bawah nama baharu, “Misi UK, Baitulmaqdis”, meskipun menerima perintah penutupan daripada pihak berkuasa Israel.

Setiausaha Luar British, Ed Miliband, menegaskan bahawa London tidak mengiktiraf kuasa undang-undang Israel untuk menutup premis konsulat berusia hampir 200 tahun itu serta mengesahkan semula pendirian UK bahawa Baitulmaqdis Timur merupakan wilayah yang diduduki.

Punca Ketegangan Diplomatik

  • Sekatan UK Ke Atas Penempatan Haram: Ketegangan tercetus susulan tindakan Britain melaksana sekatan terhadap penempatan haram Israel di Tebing Barat pada 8 September, termasuk larangan import produk penempatan.

  • Tindak Balas Israel: Pihak berkuasa Israel membalas dengan mengeluarkan arahan penutupan konsulat berkenaan dalam tempoh 30 hari yang tamat pada Khamis.

  • Pendirian Berbeza Kedua-Dua Pihak

    • Pendirian UK: Miliband menyatakan bahawa bangunan tersebut tidak akan ditutup dan misi berkenaan akan meneruskan khidmat serta hubungan kerja dengan rakyat Palestin. Walau bagaimanapun, sebilangan kakitangan dan keluarga ditarik balik sementara atas faktor keselamatan tanpa tindakan timbal balik buat masa ini.

  • Dakwaaan Menteri Luar Israel: Menteri Luar Israel, Gideon Saar, mendakwa konsulat telah menghentikan operasi dan 20 diplomat British dikehendaki meninggalkan negara itu. Israel hanya membenarkan tujuh diplomat kekal di premis tersebut dengan skop aktiviti yang dihadkan secara ketara.

  • Status Kedutaan Tel Aviv: Arahan penutupan ini hanya melibatkan premis di Baitulmaqdis Timur dan tidak menjejaskan fungsi Kedutaan Besar British di Tel Aviv. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meneruskan rundingan diplomasi.

  • SUMBER: Agensi Anadolu / TRT World

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved