Selain Amerika Syarikat, kerajaan United Kingdom juga mengharamkan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) keluaran Hikvision dan Dahua daripada digunakan di kawasan-kawasan sensitif negara. Langkah diambil atas alasan kelengkapan kedua-dua syarikat mungkin boleh digunakan untuk melalukan intipan bagi pihak kerajaan China.

Arahan diberikan juga atas sebab pembabitan kedua-dua syarikat dalam pemantauan kehidupan etnik Uyghur di Xinjiang. Badan kerajaan yang menggunakan kamera keluaran kedua-dua syarikat diminta untuk mempertimbangkan menggantikan atau membuangnya terus dari premis. Dalam laporan oleh Big Brother Watch, kamera keluaran dua gergasi CCTV ini digunakan di 73% majlis perbandaran, 57% sekolah menengah, 60% premis NHS, serta di universiti dan balai polis seluruh UK.
Pihak Hikvision menolak dakwaan kerajaan UK bahawa mereka melakukan intipan bagi pihak kerajaan China memandangkan mereka tidak menawarkan perkhidmatan storan awanan atau boleh mengakses data pelanggan.


![‘Lampu Brek Tak Menyala’ – Tesla Akan Bantu Polis Siasat Kemalangan Maut Di China [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)