UK Mewajibkan Pemilikan Kad Pengenalan Digital BritCard Untuk Bekerja

WorldPolitics
29 Sep 2025 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Malaysia dianggarkan terdapat lebih 3 juta golongan migran yang membantu industri negara. Pekerja dari Indonesian, Nepal dan Bangladesh melakukan kerja yang tidak mahu dilakukan anak watan kerana berbahaya serta gaji yang sejemput. Antara isu yang sudah berlarutan lamanya ialah warga asing yang bekerja secara haram. UK mempunyai masalah yang serupa dan cara mereka menyelesaikannya ialah memperkenalkan BritCard.

image is not available

BritCard ialah kad pengenalan fizikal dan digital yang diperlukan untuk bekerja secara sah di UK. Majikan boleh mengesahkan status pekerja yang diambil dengan mengimbas kad fizikal BritCard menggunakan aplikasi telefon pintar. Pihak penguasa juga boleh melakukan perkara yang sama apabila melakukan pemeriksaan di premis perniagaan dengan pekerja boleh menyimpannya juga di dalam aplikasi telefon pintar.

Maklumat seperti nama, gambar, kewarganegaraan, status kebenaran bekerja dan lesen memandu dapat dilihat dengan pantas tanpa perlu melakukannya secara manual. Sistem BritCard juga diharap dapat menyelesaikan isu pemalsuan dokumen dan identiti fizikal dalam kalangan pekerja asing UK.

Walaupun tujuannya ialah untuk memantau pekerja warga asing, muncul kerisauan BritCard digunakan untuk pemantauan dan kelak menghalang individu tertentu daripada mengakses perkhidmatan kesihatan NHS.

UK memperkenalkan kad pengenalan ketika Perang Dunia Kedua bagi membezakan warganegara dengan agen musuh yang menyelinap masuk. Ia dimansuhkan pada tahun 1952 kerana kos serta pemantauan oleh polis. Di Malaysia kad pengenalan diperkenankan pada tahun 1948 disebabkan oleh darurat dengan penggunaannya kekal sehingga sekarang sebelum dikembangkan ke MyDigitalID baru-baru ini.

View Original Article