Ukraine Melantik Avatar AI Sebagai Jurucakap Kementerian Luar Negeri

TechnologyDigital
6 May 2024 • 12:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Malaysia kita sedang dilanda demam kecerdasan buatan (AI) berikut pelaburan bernilai puluhan bilion RInggit mula dilakukan oleh syarikat luar seperti Microsoft dan NVIDIA. Kerajaan menggalakkan penggunaan AI tetapi tidak pula menggunakannya sendiri bagi menggantikan penjawat awam. Ukraine lebih maju daripada Malaysia dan telah melantik satu avatar AI sebagai jurucakap rasmi Kementerian Luar Negeri negara mereka.

Avatar AI yang diberi nama Victoria Shi akan memberikan maklumat terkini kementerian kepada media. Kesemua skrip dan audio suara Victoria Shi dijana oleh kecerdasan buatan. Wajahnya pula mengambil rupa Rosalie Nombre, seorang penyanyi Ukraine yang memberikan hak imej beliau secara percuma untuk digunakan kerajaan.

Menurut Dmytro Kuleba, Menteri Luar Negeri Ukraine tindakan menggunakan avatar AI adalah perlu bagi menyampaikan maklumat terkini kepada orang ramai ketika negara masih lagi terlibat dalam peperangan dengan Rusia.