UKTECH Perkenal Tiga Produk Teknologi Praktikal Sempena Hari Merdeka

LocalTechnology
5 Aug 2025 • 3:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, jenama inovatif CUKTECH memperkenalkan tiga produk terbarunya iaitu CUKTECH 10 Mini Power Bank, CUKTECH 6 Kabel Pengecas OLED Magnetik, dan CUKTECH CP Kipas Mini Outdoor, direka untuk memenuhi keperluan harian dalam dunia digital masa kini.

CUKTECH 10 Mini Power Bank

Power bank berkapasiti 10,000mAh ini menyokong pengecasan pantas 55W dan dilengkapi dengan 2 port USB-C, 1 port USB-A, serta paparan digital LED pintar. Ia bersaiz kompak (217.5g), selamat dibawa dalam penerbangan dan diperbuat daripada sel bateri berkualiti tinggi untuk keselamatan tambahan. Sesuai digunakan dengan pelbagai peranti termasuk telefon Android/iOS, komputer riba dan Nintendo Switch. Dengan hanya 10 minit pengecasan, anda sudah boleh teruskan aktiviti harian dengan mudah.

image is not available

CUKTECH 6 Kabel Pengecas OLED Magnetik

Kabel USB-C sepanjang 1.5m ini menyokong pengecasan ultra pantas sehingga 240W, dan dilengkapi paparan OLED untuk menunjukkan voltan, arus dan watt sebenar secara langsung. Ia juga mempunyai sistem pengurusan kabel magnetik bagi penyimpanan yang kemas dan teratur.

image is not available

CUKTECH CP Kipas Mini Outdoor

Dikenali sebagai “Pocket Typhoon”, kipas mini ini hanya seberat 56.9g tetapi mampu menghasilkan hembusan angin yang kuat dengan teknologi Turbocharged Vortex Cooling. Ia mempunyai 3 tahap kelajuan, sesuai digunakan ketika bersenam, berjalan, atau dalam perjalanan. Ia boleh digunakan bersama power bank dan mampu beroperasi lebih 22.5 jam menggunakan bateri 10,000mAh.

image is not available

Harga & Tarikh Pelancaran

Mulai 5 Ogos 2025, semua produk ini boleh didapati di Shopee dan Lazada pada harga:

CUKTECH 10 Mini Power Bank – RM106
CUKTECH 6 Kabel Pengecas OLED Magnetik – RM49
CUKTECH CP Kipas Mini Outdoor (Putih) – RM47
Versi warna hitam kipas dijangka dilancarkan pada awal September

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi cuktech.com atau ikuti CUKTECH di Facebook, Instagram, TikTok dan komuniti pengguna di Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved