Ukur berat, kira lemak dalam badan dengan tepat. HONOR Scale 3 bantu rancang diet anda

Digital
6 Jun 2023 • 2:49 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENIMBANG berat digital, HONOR Scale 3 dengan 18 fungsi pintar bakal membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan mendapatkan bentuk badan ideal.

Jenama itu berkata, inovasi mudah alih tersebut berperanan sebagai alat rangkaian penunjuk kesihatan yang serba lengkap.

Ditawarkan pada harga RM129, gajet itu bukan sahaja boleh mengukur secara tepat berat badan, malah dapat mengira lemak dalam badan, jisim tulang dan mengukur metabolisme seseorang.

Berikut info tambahan HONOR Scale 3:

  • Paparan skrin LED dengan berat 1.21 kilogram tanpa bateri.

 

  • Lengkap dengan penderia keluli mangan tinggi dan algoritma analisis komposisi badan profesional untuk menjana laporan kesihatan.
  • Dilengkapi ciri sambungan internet tanpa perlu daftar dalam aplikasi HONOR Health.
  • Pelarasan data terus ke dalam sistem simpanan Cloud untuk rujukan prestasi kesihatan dan matlamat kecergasan pengguna.

Untuk info lanjut layari https://www.hihonor.com/my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!