Ulama Yemen Ziarahi Pusara Zara Qairina, Titip Doa Buat Arwah

17 Aug 2025 • 9:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Hj. Abd Rahman Mohd Noh memaklumkan beliau mengiringi seorang ulama dari Yemen, Syeikh Niyaz Al Adeni menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, ulama berkenaan menitipkan doa buat arwah dan berharap agar perjuangannya terus menjadi inspirasi buat ramai.

“Alhamdulillah, beliau mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solihin, dan perjuangannya terus menjadi inspirasi buat kita semua,”tulisnya.

image is not available

Ulama Yemen Ziarahi Pusara Zara Qairina

Dalam hantaran yang sama, beliau turut menyatakan bahawa kehadiran ulama antarabangsa itu bukan sahaja menunjukkan penghormatan terhadap Allahyarhamah, malah menzahirkan nilai kasih sayang dan penghargaan terhadap perjuangan seseorang melalui doa dan restu.

Sejak kebelakangan ini, kes kematian Zara Qairina mendapat perhatian ramai apabila mangsa ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustaph itu menghembuskan nafas terakhir pada keesokkan harinya akibat kecederaan serius dan dipercayai menjadi mangsa buli pelajar lain.

image is not available

Demi mendapatkan kepastian dan keadilan, ibu mangsa iaitu Noraidah Lamat menerima kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk penggalian semula kubur anaknya bagi menjalani bedah siasat.

image is not available

Pasukan forensik mengambil masa selama lapan jam bagi melakukan proses bedah siasat terhadap jenazah di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).