Ulang Tahun Sultan Brunei: Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun

15 Jul 2024 • 5:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga Allah SWT merahmati Sultan Brunei dengan kebahagidan dan melanjutkan usia baginda.

Negara Brunei hari ini meraikan Hari Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-78.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967. - BERNAMA