
JAKARTA – Pengunjung dan pemilik sebuah kedai kopi di Pasuruan, wilayah Jawa Timur berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa sepanjang 5 meter menyelinap masuk ke dalam premis itu, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Desa Ranggeh, daerah Gondang Wetan, baru-baru ini.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan ular gergasi itu menyusur secara perlahan dari jalan raya berhampiran ke kawasan kaunter pembayaran sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan).
Pekerja yang menemukan reptilia tersebut bergegas menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan bantuan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 145,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Ular itu ingin mencari kopi,” kata seorang netizen.
“Saya pernah pengsan di dalam tandas selepas menemui seekor anak ular,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Ular hitam panjang 5 meter masuk kedai kopi appeared first on Kosmo Digital.
