
BEAUFORT: Seekor ular sawa sepanjang lima meter dan seberat kira-kira 120 kilogram terperangkap dalam pukat seorang nelayan di sungai Kg Batu 61, di sini, pada Khamis.
Nelayan tersebut, Joanna John berkata ular sawa itu juga mempunyai ciri luar biasa iaitu tanduk pada kepalanya.
AdvertisementKatanya, apabila datang memeriksa pukatnya sehari selepas melabuhkannya, dia mendapati pukatnya amat berat semasa diangkat.
“Saya terkejut melihat seekor ular sawa tersangkut lalu saya memanggil cucu saya untuk menaikkan pukat tersebut,” katanya, menambah keadaan mereka kecoh seketika kerana bimbang melihat ular yang begitu besar dan panjang.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Bagaimanapun, mereka mendapati ular sawa itu sudah mati.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk membuang bangkai ular itu jauh ke dalam sungai.
