Ular Sawa Gergasi Dirakam Panjat Pokok Dari Atap Rumah

Environment
31 Aug 2023 • 11:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ular Sawa Gergasi Dirakam Panjat Pokok Dari Atap Rumah

Seekor ular sawa gergasi telah dikesan merayap di atas bumbung rumah sebuah keluarga dan cuba memanjat pokok di sebelah rumah tersebut, lapor Daily Mail.

Ular sawa sepanjang lima meter itu dirakam cuba menjalar ke sebatang pokok dari atas atap sebuah rumah di Queensland.

Menerusi rakaman video itu, pada satu ketika seorang kanak-kanak dapat didengar menangis ketakutan apabila melihat reptilia besar itu menoleh ke arah keluarga yang ketakutan itu.

image is not available
Kredit Jam Press Vid

“Ular itu sangat menakutkan,” kata perakam video itu.

Ular itu kemudiannya berhenti seketika sebelum berpindah ke pokok yang berlainan di sebelahnya.

Seorang kanak-kanak juga sempat bertanyakan kepada keluarganya bagaimana mahu membawa ular itu pergi dari rumah mereka.

image is not available
Kredit Jam Press Vid

“Bagaimana kita harus membawanya pergi,” kata kanak-kanak tersebut.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan kapsyen “Hanya di Australia anda akan melihat ular sepanjang 5 meter di pinggir bandar.”

Muat naik video itu telah ditonton lebih 20 juta kali dan menerima lebih sejuta tanda suka.

Penonton video itu di seluruh dunia sempat meninggalkan reaksi mereka selepas melihat video ular yang menyeramkan tersebut.

“Saya tidak akan tidur malam ini dan saya berada di Amerika Syarikat,” kata seorang penonton dari Amerika.

“Ular itu sangat panjang, seperti hujungnya berada di Brisbane dan hujung satu lagi berada di Perth,” tulis seorang lagi penonton bergurau dengan kepanjangan ular tersebut.

Kejadian ular sawa yang memakan kucing dan anjing peliharaan banyak telah dilaporkan berlaku di Australia.

Walau bagaimanapun, haiwan itu kebiasannya cenderung untuk memakan burung, biawak dan mamalia kecil.