Ulas Sarawak Tidak Layak Miliki Mata Wang Sendiri, Individu Ini Tampil Jelaskan Mengapa

3 Sep 2023 • 8:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nanta Berhasrat Mahu Perkenalkan Mata Wang Sarawak Sendiri

Ulas Sarawak Tidak Layak Miliki Mata Wang Sendiri, Individu Ini Tampil Jelaskan Mengapa. Terkini, idea mengenai kemungkinan Sarawak memperkenalkan mata wang sendiri telah membangkitkan perdebatan hangat dalam arena ekonomi dan politik Malaysia.

Berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu, keputusan seperti ini memerlukan penelitian yang mendalam. Apakah impak dan risikonya?

image is not available
Ulas Sarawak Tidak Layak Miliki Mata Wang Sendiri, Individu Ini Tampil Jelaskan Mengapa

‘Sarawak perlu mempunyai dasar fiskal dan monetari yang kukuh’

Menurut Datuk Dr. Madeline Berma, Felo Akademi Sains Malaysia, Sarawak tidak layak untuk mempunyai mata wang sendiri. Alasannya ialah mata wang negara dikeluarkan dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Jika Sarawak mempunyai mata wang sendiri, ia hanya akan terhad kepada negeri tersebut, membatasi bolehtukar dan transaksi di luar negeri.

Bagaimanapun, Madeline tidak menafikan impak positif dalam hasrat tersebut yang mana bukan sahaja untuk memudahkan transaksi kewangan di Sarawak, tetapi untuk menjamin kestabilan ekonomi dan kewangan negeri.

“Mata wang tempatan mesti menyumbang kepada membina rangka kerja institusi untuk menangani ketidaktentuan kewangan.”

“Selain itu, ia perlu dimanfaatkan dalam memastikan kejayaan mata wang baharu ini dan Sarawak perlu mempunyai dasar fiskal dan monetari yang kukuh.”

image is not available

Namun, ada juga yang menyokong tindakan untuk memperkenalkan mata wang sendiri

Sebaliknya, Dato Johnathan Chai Voon Tok, Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak, melihat isu ini sebagai langkah yang berpotensi positif. Menurutnya, mata wang Sarawak boleh berfungsi sebagai alat perlindungan dari kesan ekonomi negatif yang timbul dari Semenanjung Malaysia.

Beliau mencadangkan agar Malaysia mempertimbangkan model serupa dengan Hong Kong dan Macau atau Scotland, di mana terdapat dua sistem mata wang. Dato Johnathan juga menyebut sejarah Sarawak yang pernah mempunyai mata wang sendiri, sebagai contoh kejayaan dalam era lampau.

image is not available

Isu pengenalan mata wang sendiri oleh Sarawak bukanlah suatu yang boleh diambil ringan. Memang ada potensi kelebihan tetapi juga ada banyak cabaran dan risiko yang perlu diatasi.

Seperti yang ditekankan oleh kedua-dua pakar, keputusan ini memerlukan kajian yang mendalam dan pembahasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak.

image is not available
Ulas Sarawak Tidak Layak Miliki Mata Wang Sendiri, Individu Ini Tampil Jelaskan Mengapa

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: