Ulasan Honor 200 Pro – Portrait Bergaya Ala Studio

TechnologyDigital
12 Jul 2024 • 6:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor bermula sebagai anak syarikat Huawei namun kini berjaya membuktikan bahawa mampu berdiri sendiri selepas berpisah sejak tahun 2020 lalu. Pertumbuhan positif juga menunjukkan bahawa prestasi pemasaran produk Honor berjalan dengan baik dan boleh bersaing di pasaran sedia ada. Baru-baru ini Honor telah memperkenalkan peranti baharu di bawah siri nombor mereka dalam beberapa variasi.

image is not available

Salah satunya ialah Honor 200 Pro yang turut telah ditawarkan di Malaysia. Seperti generasi sebelum konsep rekaan moden tapi minimalis tetap menjadi pilihan Honor kerana di samping mahu tampil ringkas, konsep sebegini sesuai digayakan oleh semua pengguna. Teruskan membaca artikel ini bagi melihat kesemua penawaran yang disediakan pada peranti ini.


Spesifikasi Peranti

Honor 200 Pro
Skrin6.78″ OLED, 1224 x 2700,
120Hz, 4000 nits,
HDR
PemprosesSnapdragon 8s Gen 3 (4nm)
Cip1x 3.0 GHz Cortex-X4
4x 2.8 GHz Cortex-A720
3x 2.0 GHz Cortex-A520
Cip GrafikAdreno 735
RAM12 GB LPDDR5X
12 GB Maya
Muatan Dalaman512 GB UFS 4.0
Kamera Utama50MP, f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
8MP, f/2.2 (Sudut Ultra Lebar)
50MP, f/2.4 (Telefoto)
Kamera Swafoto50 MP, f/2.1
2 MP, f/2.4
Bateri5200 mAh
Berwayar 100W
Nirwayar 66W
SIM/TelefoniDwi SIM nano / 5G
NFCAda
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP65
Sistem ImbasanImbasan Cap Jari
Imbasan Wajah
Harga JualanRM2,699 (12/512GB)

Skrin Dan Rekaan

Tubuh masih lagi melengkung di bahagian hadapan dan belakang yang digandingkan bersama bingkai aluminium. Ia juga ringan dengan berat 187g dan setebal 7.7mm yang menimbulkan rasa cukup selesa di dalam genggaman. Pada masa sama diyakini boleh digunakan dengan sebelah tangan tanpa memberi bebanan. Secara saintifiknya dikenali sebagai Quad-Floating yang bermaksud pada dasarnya skrin telefon sudah tentunya melengkung pada keempat-empat sisi bertujuan memberi kesan yang baik. Sama ada suka atau tidak paparan sebegini bergantung pada keutamaan peribadi. Namun seikhlasnya saya katakan tiada rungutan negatif mengenainya meskipun bukan tergolong dalam peminat setia paparan sebegini.

image is not available

image is not available

Panel juga masih sejenis OLED 1.5K yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga boleh disesuaikan agar tidak cepat kehabisan bateri. Bezel yang dilihat sama tebal pada keempat-empat sisi pula menjadikan muka hadapan peranti cukup simetri. Kemudian tiada sebarang rungutan untuk skrin 6.78″ digunakan kerana pengalaman terasa cukup memuaskan.

Saya menggunakan Honor 200 Pro untuk sebahagian besar aktiviti harian yang termasuk menonton video di Netflix dan akui kagum dengan kebolehannya. Skrin boleh menawarkan warna yang baik dan terang dengan kesemua objek boleh dilihat dengan jelas. Dalam masa sama cukup terang untuk digunakan dalam pelbagai lokasi termasuk luar bangunan dengan pencahayaan matahari secara langsung.

image is not available

image is not available

Seterusnya Honor menggunakan panel belakang plastik yang juga mempunyai bonggol kamera utama yang berbentuk bujur. Perincian kemasan sememangnya elegan dengan corak yang beralun dan berkilat. Saya menerima Honor 200 Pro yang secara jelas menawarkan warna hijau yang diilhamkan daripada lautan.

Sebanyak tiga sensor disediakan yang merangkumi sejenis lebar, ultra-lebar dan telefoto. Keadaan bertambah menarik apabila Honor dilihat cuba mengubah ‘permainan ‘ dalam fotografi mudah alih dengan kerjasama Harcourt Studio yang juga ditawarkan secara eksklusif pada peranti baharu ini.

image is not available

Terdapatnya sebuah pengimbas cap jari dalam skrin yang berfungsi cukup baik dengan mengambil masa sekitar dua saat untuk membuka peranti. Fungsi imbasan juga disediakan untuk proses membuka peranti lebih pantas tanpa perlu menyentuh skrin peranti. Sekeliling peranti pula menempatkan butang kuasa dan laras audio di bahagian sisi kanan. Diikuti dengan pemancar merah di bahagian atas manakala port USB-C dan pembesar suara di bahagian bawah peranti.

Ciri lain yang boleh ditemui adalah pembesar suara stereo Dolby Atmos, NFC dan penarafan kalis air IP65. Audio stereo yang lantang dapat dinikmati melalui sepasang pembesar suara ini. Bass berdentum kuat dengan pemisahan audio yang baik. Tiadanya bicu audio 3.5mm disertakan pula membuatkan pengguna perlu bergantung sepenuhnya dengan fon telinga nirwayar.


Penanda Aras – Snapdragon 8s Gen 3

Honor 200 Pro dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan binaan 4nm. Ia boleh bersaing rapat dengan Realme GT6 dan Poco F6 yang juga dijana cip yang sama untuk menjadi otak kepada peranti. Honor juga bermurah hati menyediakan gabungan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB yang dianggap lebih mencukupi bagi pengguna sekarang. Selain turut boleh dikembangkan mencapai 7GB RAM secara maya melalui fungsi RAM Turbo. Cuma kekangannya masih tiada kebolehan diubah sendiri seperti yang ditawarkan pada sesetengah peranti Android lain.

image is not available

image is not available

Secara keseluruhan peranti berfungsi dengan baik tanpa isu yang kritikal sepanjang ulasan ini. Tatalan juga terasa lancar khususnya sewaktu skrin 120Hz diaktifkan namun semestinya perlu berkompromi dengan ketahanan bateri. Pelbagai permua moden turut boleh dimainkan dengan baik pada tetapan tertinggi. Tahap pemanasan yang dialami juga sekadar suam di dalam tangan. Perbandingan penanda aras juga sempat dijalankan dengan kutipan markah seperti berikut:

Antutu 3D

  • Honor 200 Pro – 1,537,608
  • Realme GT 6 – 1,490,495
  • Poco F6 – 1,331,937

Geekbench 6

  • Honor 200 Pro – 1322/4222
  • Realme GT 6 – 1860/4614
  • Poco F6 – 1685/4776

3DMark Wildlife Extreme

  • Honor 200 Pro – 3,051
  • Realme GT 6 – 3083
  • Poco F6 – 3094


Perisian – MagicOS 8.0 Berasaskan Android 14

Pelancar terkini MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 digunakan pada peranti. Ia dibina dengan pelbagai ciri AI yang semestinya mampu meningkatkan kepuasan pengguna sewaktu menggunakan peranti. Ianya terdiri dengan Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dengan hanya drag and drop.

Sebagai contoh ialah proses salin dan tampal artikel pada aplikasi Notes. Terdapat juga Magic Capsules bagi bertujuan pemberitahuan asas seperti kiraan jam randik dan main baik video. Seterusnya ialah Magic Ring mampu menawarkan pengalaman yang lancar merentasi peranti berbeza termasuk tablet dan komputer riba.

image is not available

Walau bagaimanapun, aplikasi gendut (bloatware) masih menjadi satu-satunya masalah utama dengan pelbagai aplikasi tambahan yang sedia dimuat-turun sewaktu membuat penetapan awal pada peranti. Ia juga mengambil sedikit masa untuk penetapan peranti di peringkat awal. Kemudian tiada kemas kini yang panjang seperti yang ditawarkan oleh Honor pada barisan peranti Magic mereka.


Kamera & Kualiti Gambar

Kekuatan peranti terletak pada sistem kamera serba boleh melalui kerjasama dengan Harcourt Studio yang merupakan sebuah studio gambar terkenal di Paris. Keadaan ini berbeza dengan kebanyakan pengeluar yang bekerjasama dengan syarikat pembuat lensa dalam usaha menawarkan rakaman lebih berkualiti pada telefon pintar.

Kamera utama menggabungkan lensa lebar 50MP, telefoto 50MP dan 12MP sudut lebar dengan OIS. Ini digandingkan kemampuan merakam video maksimum 4K/30FPS yang juga menyokong mod skrin bernisbah 21:9.

image is not available

Kelebihan lain turut boleh ditemui apabila rakaman gambar dengan nisbah 16:9 turut boleh dilakukan sekaligus menjadi peningkatan menarik berbanding peranti sedia ada. Sebahagian besar mod kamera seperti Night, Aperature, Potrait, Photo, Video dan Pro boleh diakses dengan mudah melalui antaramuka kamera. Pada bahagian hadapan pula kamera 50MP + 2MP kedalaman berbentuk pil diletakkan pada bahagian tengah.

image is not available

Gambar yang diambil daripada lensa utama memberi hasil yang memuaskan. Ia cukup terang dan bermaya dengan penghasilan semula warna yang cenderung lebih tepu berbanding dunia nyata. Pada masa sama kamera juga mampu melakukan kerja yang baik dalam usaha mengimbangi kontras melampau dalam sumber cahaya terang.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Terdapat juga beberapa profil warna seperti Natural, Vibrant dan Authentic disertakan bertujuan untuk memperhalusi warna serta mendapatkan imej yang lebih bermaya dan realistik. Ia memberi perhatian khusus kepada warna kulit dan elemen utama utama imej untuk memastikan ia kelihatan menarik. Misalnya seperti Authentic dan Vibrant yang boleh meningkatkan kontras gambar bersama efek vintaj yang menarik. Kemudian Natural pula dilihat boleh menyesuaikan warna, kontras, bayangan rona dan kecerahan bagi membuatkan gambar kelihatan semula jadi.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Keupayaan telefoto juga baik dengan perincian terjaga dan warna yang bertenaga. Ia berfungsi dengan baik untuk tangkapan zum tanpa penurunan kualiti yang ketara malahan gambar pada tahap 10X masih boleh digunakan. Begitu juga dengan penghasilan semula warna gambar ultra lebar yang boleh diterima namun tidaklah begitu mengagumkan dari segi ketajaman imej. Pada masa sama masalah dedahan yang melampau juga sering berlaku. Imej makro sekadar sederhana dengan kekurangan dari aspek perincian.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Gambar malam dengan bantuan mod khusus menjadikan warna lebih terang. Akhir sekali kualiti gambar potret dengan penuras Harcourt menawarkan kualiti yang baik dengan kemampuan mengekalkan butiran pada subjek. Warna cukup terang serta kesan yang baik. Senang kata memang cantik dan sesuai untuk dikongsi ke media sosial secara terus tanpa suntingan tambahan.


Ketahanan Bateri

image is not available

Honor menggunakan bateri sebesar 5,200mAh pada peranti. Ia juga boleh dicas dengan pantas melalui sistem pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 66W yang menjadikan nilai tambahan untuk peranti. Pengecas turut diberikan dengan setiap pembelian bersama kabel USB-A ke USB-C.

Secara umumnya peranti boleh sahaja bertahan sepanjang hari tanpa masalah bergantung pada penggunaan masing-masing. Namun berkongsi dengan lebih terperinci pula peranti boleh digunakan secara purata melebihi 10 jam lamanya dengan penggunaan secara kerap.


PERBANDINGAN

Honor 200 ProPoco F6Realme GT 6
6.78″ OLED, 1224 x 2700,
120Hz, 4000 nits,
HDR
6.78″ AMOLED, 1080 x 2436,
120Hz, Video HDR
6.78″ AMOLED, 1264x 2780,
120Hz, 6000 nits,
Dolby Vision
Snapdragon 8s Gen 3 (4nm)

1x 3.0 GHz Cortex-X4
4x 2.8 GHz Cortex-A720
3x 2.0 GHz Cortex-A520
Snapdragon 8s Gen 3 (4nm)

1x 3.0 GHz Cortex-X4
4x 2.8 GHz Cortex-A720
3x 2.0 GHz Cortex-A520
Snapdragon 8s Gen 3 (4nm)

1x 3.0 GHz Cortex-X4
4x 2.8 GHz Cortex-A720
3x 2.0 GHz Cortex-A520
Adreno 735Adreno 735Adreno 735
12 GB LPDDR5X
12 GB Maya
8/12 GB LPDDR5X
8 GB Maya
12/16 GB LPDDR5X
12 GB Maya
512 GB UFS 4.0256/512 GB UFS 4.0256/512 GB UFS 4.0
Kamera Utama
50MP, f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
8MP, f/2.2 (Sudut Ultra Lebar)
50MP, f/2.4 (Telefoto)
Kamera Utama
50MP, IMX 882, f/1.59, OIS (Sudut Lebar)
8MP (Sudut Ultra Lebar)
Kamera Utama
50MP, LYT 808, f/1.69, OIS (Sudut Lebar)
8MP, f/2.2 (Sudut Ultra Lebar)
50MP, JN5, f/2.0 (Telefoto)
Kamera Hadapan
50 MP, f/2.1
2 MP, f/2.4
Kamera Hadapan
20MP, f/2.2
Kamera Hadapan
32MP, f/2.74
IP65IP64IP65
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
5200 mAh
Berwayar 100W
Nirwayar 66W
5000 mAh (Berwayar 90W)5500 mAh
Berwayar 120W
RM2699 (12/512 GB)RM1,799 (8/256 GB)
RM1,999 (12/512 GB)
RM2599 (12/256 GB)
RM2899 (16/512 GB)

Apa Ada Dalam Kotak?

Berikut ialah komponen yang disertakan dengan setiap pembelian.

  • 1x Honor 200 Pro
  • 1x Kerangka pelindung plastik
  • 1x Kabel USB-A ke USB-C.
  • 1x Pengecas 100W.
  • 1x Buku panduan dan keselamatan.
  • 1x Pin SIM


Kesimpulan

image is not available

Perlukah membeli Honor 200 Pro? Penawaran pada Honor 200 Pro menjadi menarik sekiranya kena keperluan peribadi masing-masing. Ia menjadi sesuai sekiranya anda mahukan sebuah peranti dengan perkakasan dalaman cukup premium tetapi tidak mahu berbelanja lebih untuk sebuah peranti mercu. Ia juga mampu menawarkan paparan, prestasi dan sistem kamera yang mengagumkan dalam kebanyakan situasi. Boleh dilihat dengan jelas melalui prestasi kamera yang cukup baik meskipun tidak sempurna dalam beberapa aspek seperti ultra lebar dan makro. Gabungan bersama Harcourt Studio bagaimanapun berjaya menjadikan peranti terampil lain daripada yang lain.

Kelebihan

  • Paparan OLED 1.5K 120Hz yang memuaskan.
  • Pemproses Snapdragon 8s Gen 3 berkuasa.
  • Kalis air IP65.
  • Sistem kamera mengagumkan.
  • Sistem pengimbas cap jari pantas.
  • Sokongan GMS terbina.

Kekurangan

  • Tubuh melengkung bukan pilihan majoriti.
  • Masalah aplikasi gendut.
  • Tiada bicu audio 3.5mm
  • Tempoh kemas kini sederhana.

image is not available

View Original Article