Ulasan OnePlus Nord 5 – Kompeten dan Kompetitif

TechnologyDigital
19 Aug 2025 • 10:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak OnePlus kembali duduk di bawah payung Oppo, saya sedari ia tidak lagi menerima acara pelancaran yang gah di Malaysia. Ia muncul secara tiba-tiba dengan kekuatannya kini terletak pada penawaran harga yang lebih munasabah. Tidak salah untuk mengatakan OnePlus kepada Oppo adalah seperti Poco kepada Xiaomi. Saya sudah menggunakan OnePlus Nord 5 selama dua minggu dan saya rasakan ia sebuah lagi peranti yang baik tanpa anda perlu berbelanja besar.

image is not available

Spesifikasi

OnePlus Nord 5
Skrin6.83″ Swift AMOLED
1272×2800 pixel, 144Hz, HDR10+
PemprosesSnapdragon 8s Gen 3 (4nm)
Cip1x Cortex-X4 3.4GHz
4x Cortex-A720 2.8 GHz
3x Cortex-A520 2.0 GHz
GPUAdreno 735
RAM12 LPDDRR5x
12GB Memori maya
Storan512 GB UFS 3.1
Kamera Utama50MP f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
8MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
Kamera Hadapan50 MP f/2.0
Bateri5200 mAh
Pengecasan berwayar 80W
SIM/TelefoniDwi SIM/5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirTiada
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin
Imbasan wajah
HargaRM 2299 (12/512 GB)

Skrin

Skrin sebesar 6.8″ adalah dari jenis Swift AMOLED dengan resolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 144Hz tetapi bukan LTPO. Ia beroperasi pada kadar 60, 90, 120, dan 144 Hz bergantung kepada aplikasi yang dijalankan. Warna nampak hidup dengan imej yang dipaparkan pada skrin kelihatan tajam.

image is not available

Pelbagai kandungan HDR 10+ daripada Netflix, YouTube dan Max boleh dimainkan tanpa masalah. Tiada sokongan Dolby Vision adalah sedikit aneh kerana Oppo menyokong format HDR ini. Skrin responsif dengan ia mengesan setiap sentuhan dan juga boleh digunakan dengan jelas di bawah cahaya matahari yang terang.

Biometri

image is not available

Sebuah pengimbas cap optikal diletakkan pada kedudukan yang agak rendah berhampiran dagi peranti. Alangkah baiknya jika pengimbas jari dinaikkan hanya satu inci ke atas. Ia akan membuatkan proses mengimbas cap jari lebih selesa. Terdapat imbasan wajah tetapi seperti pada peranti tampa sistem pemancar laser 3D, ia tidak begitu responsif dalam kawasan yang gelap.

Rekaan

Rekaan adalah amat premium untuk harga jualkannya di Malaysia. Terasa sangat kukuh dalam tangan dengan bahagian sisi rata. Ia mengingatkan saya kepada rekaan Find X8 dan Vivo X200 FE yang baru diulas baru-baru ini. Bahagian belakang diperbuat daripada logam yang juga mempunyai permukaan yang tidak berkilat. Ia tidak mudah kotor dan lebih penting ia tidak licin. OnePlus tidak memberikan kerangka percuma dengan setiap pembelian.

image is not available

Butang laras audio dan kuasa pada sisi kanan terletak pada kedudukan yang mudah diakses. Binaannya kemas dan tegap tanpa isu ia menyakitkan jari. Sementara itu pada sisi kanan terdapat Plus Key yang boleh diprogramkan untuk melancarkan kamera, melakukan tangkapan skrin, membisukan peranti, dan banyak lagi.

Bonggol kamera adalah berbentuk bujur yang melindungi kedu-dua lensa kamera dan lampu flash. Rekaan bonggol ini kemas dan praktikal maka saya tidak begitu mengamuk ia menyebabkan peranti tidak boleh diletakkan rata di atas meja.

image is not available

Tubuh tidak melepasi sebarang piawaian kalis air atau debu. Ini adalah satu kekurangan yang nyata kerana peranti lain dalam kelas ini majoritinya melepasi sekurang-kurangnya IP68. Mengapa tidak berikan sekurang-kurangnya kalis percikan air? Hanya Oppo boleh menjawab enigma ini kerana sejak dari awal mereka enggan memberikan piawaian kalis air secara rasmi bagi mengurangkan kos peranti.

Masih ada pemancar infra merah, speaker stereo, sokongan NFC dan pengecasan pantas berwayar 80W. Dari segi ciri Nord 5 tidak mempunyai semua yang terkini tetapi penawaran asas ini saya rasakan mencukupi bagi kebanyakan pengguna di luar sana.

image is not available

Penggunaan dan Perisian

Sistem operasi OxygenOS 15 digunakan dengan ia adalah berasaskan Android 15. Ia adalah pelancar yang mudah digunakan, sedap mata memandang dan hadir dengan pelbagai ciri tambahan yang berguna untuk meningkatkan produktiviti. Penggunaan terasa lancar dengan animasi tidak tersekat-sekat. Memori 12GB RAM yang diberikan adalah mencukupi untuk pelbagai aktiviti harian. Terdapat sokongan menambah 12GB RAM lagi secara maya sekiranya perlu. Tidak akan ada isu aplikasi ditutup apabila terlalu banyak aplikasi dibuka serentak.

image is not available

Terdapat Live Alerts yang memaparkan aktiviti secara langsung dan mengawal aplikasi muzik dalam gelembung mini. Kid’s Mode dan Simple Mode juga disertakan untuk digunakan kanak-kanak serta warga emas. Ciri AI yang diberikan pula ialah menghasilkan transkrip daripada audio yang dirakam dan suntingan gambar secara automatik. Objek dan orang di latar belakang boleh dipilih dan dipadam bagi menghasilkan gambar yang lebih kemas.

Sementara itu PlusKey di sisi boleh diprogramkan untuk melancarkan kamera, melakukan tangkapan skrin, membisukan peranti, memulakan rakaman audio, membuka lampu suluh, mengaktifkan mod alih bahasa dan Mind Space. Terdapat juga pilihan untuk tidak mengaktifkan butang ini jika tidak diperlukan. Tiada lagi butang lungsur tetapi PlusKey ialah ciri yang menyokong lebih banyak ciri dan mengambil inspirasi daripada Action Button iPhone.

image is not available

Terdapat sokongan Circle to Search dan Google Gemini yang diseru menggunakan butang kuasa. Yang patut diberikan pujian OnePlus tidak memasang aplikasi gendut dengan banyak. Yang saya sedari hanyalah Amazon, LinkedIn dan Booking.com. Mudah sahaja membuang tiga aplikasi ini jika merasakan ia sekadar memakan ruang storan.

OnePlus memberikan sokongan kemas kini 4 versi Android dan tampalan sekuriti selama 6 tahun.

Penanda Aras

Saya bandingkan Nord 5 dengan peranti-peranti di bawah. Kesemuanya dipilih kerana berada di dalam kelas mercu mampu milik dengan spesifikasi yang setanding. Ujian standard Antutu 3D, Geekench dan 3D Mark Wild Life Extreme dilakukan dengan skor adalah seperti di dalam carta di bawah.

  • OnePlus Nord 5 – Snapdragon 8s Gen 3
  • Nothing Phone (3) – Snapdragon 8s Gen 4 
  • iQOO Neo10 – Snapdragon 8s Gen 4 
  • Honor 400 Pro – Snapdragon 8 Gen 3
  • Realme GT7 – Dimensity 9400e

AnTuTu 3D

PerantiSkor
OnePlus Nord 51,456,436
Nothing Phone (3)1,891,347
iQOO Neo10 2,012,925
Honor 400 Pro1,861,573
Realme GT72,131,975

image is not available

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
OnePlus Nord 519895058
Nothing Phone (3)21076429
iQOO Neo10 21096858
Honor 400 Pro20246083
Realme GT7N/AN/A

image is not available

3D Mark Wild Life Extreme

PerantiSkor
OnePlus Nord 53137
Nothing Phone (3)4207
iQOO Neo103480
Honor 400 Pro4467
Realme GT75377

image is not available

Di atas kertas prestasi Nord 5 dengan Snapdragon 8s Gen 3 adalah tidak membanggakan jika dibandingkan dengan peranti dalam kelas yang sama. Namun begitu dalam dunia sebenar prestasi Nord 5 menjalankan aplikasi lazim dan permua adalah lebih daripada memuaskan. Permua seperti COD Mobile dan Asphalt Legends boleh dijalankan pada tetapan tinggi tanpa isu.

Genshin Impact memerlukan tetapan direndahkan sedikit kerana Snapdragon 8s Gen 3 ialah cip tahun lalu. Yang menjadi isu lain ialah storan UFS 3.1 yang lebih perlahan berbanding UFS 4.0 yang digunakan peranti lain dalam kelas ini. Perbezaan dapat dirasakan apabila melakukan pemasangan aplikasi.

image is not available


Kamera

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.8 (OIS), ultra sudut lebar 8MP f/2.2 dan swafoto pula sebesar 32MP f/2.0 di hadapan. Memang agak asas dan tiada zum periskop. Tetapi lebih baik berikan dua kamera utama di belakang yang berguna berbanding tri-kamera dengan lensa makro ketiga sekadar gimik. Kamera utama di belakang sama seperti Nord 4 cuma kamera hadapan sahaja dinaik taraf daripada 16MP.

image is not available

Kualiti gambar menggunakan lensa utama sama seperti Nord 4. Ianya tajam, jelas, dengan penghasilan warna yang baik sama ada dalam situasi cerah ataupun gelap. Dalam keadaan gelap imej masih nampak tajam dengan HDR yang memuaskan. Algoritma tahun lalu digunapakai semula maka tiada perkara negatif boleh saya tulis mengenainya.

Lensa ultra sudut lebar adalah sekadar OK sahaja dengan ia nampak lebih lembut terutamanya dalam keadaan yang kelam. Tiada OIS di sini maka dalam mod malam gambar memang tidak setajam lensa utama degan sensor 50MP OIS. Gambar swafoto juga ok dengan mod yang mencantikkan wajah. Kamrea Nord 5 kompeten walaupun tidak begitu versatil dalam semua keadaan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available


Audio

Terdapat speaker stereo dengan dengan audio OReality. Tiada sokongan Atmos tetapi OReality menawarkan sokongan audio spatial menyeluruh dengan mod untuk filem, muzik, permua dan pintar yang menetapkan audio mengikut situasi. Sungguhpun begitu speaker tidak cukup lantang. Tetapan paling tinggi hanya sekadar separuh kelantangan audio pada speaker peranti lain.

Pada waktu yang sama audio terasa agak rata dengan OReality masih bukan tandingan kepada Atmos yang memberikan dimensi kepada audio yang dimainkan. Bass tidak kuat, suara tenggelam dan tidak dinamik. Audio ialah kekurangan paling ketara Nord 5.

Bateri

Bateri 6800mAh boleh dicas semula menggunakan pengecas 80W yang sangat pantas. Dalam penggunaan biasa, peranti tiada masalah bertahan sepanjang hari. SOT sehingga 15 jam boleh dinikmati pada penggunaan yang lebih intensif. Dengan pengecas 80W, bateri boleh dicas sepenuhnya dalam masa 60 minit yang masih amat pantas kerana bateri bersaiz amat besar.

Terdapat mod memintas bateri apabila pengecas disambungkan dan menghadkan pengecasan ke 80% bagi memanjangkan hayatnya. Dua kekurangan ialah tiada pengecasan nirwayar dan pengecas tidak disertakan dalam kotak.

image is not available


Pesaing

OnePlus Nord 5Nothing Phone (3)Poco F7
6.83″ AMOLED, 144Hz
HDR10+, 1800 bit
6.67″ OLED LTPO, 120Hz, HDR10+, 4500 nit6.83″ AMOLED, 144Hz,
Dolby Vision, 3200 nit
Snapdragon 8s Gen 3 (4nm)
1x 3.0 GHz Cortex-X4
4x 2.8 GHz Cortex-A720
3x 2.0 GHz Cortex-A520
Snapdragon 8s Gen 4 (4nm)
1x 3.21 GHz Cortex-X4
3x 3.0 GHz Cortex-A720
2x 2.8 GHz Cortex-A720
2x 2.0 GHz Cortex-A720
Snapdragon 8s Gen 4 (4nm)
1x 3.0 GHz Cortex-X4
4x 2.8 GHz Cortex-A720
3x 2.0 GHz Cortex-A520
Adreno 735Adreno 825Adreno 825
12 GB LPDRR5X12/16 GB LPDRR5X12GB RAM LPDDR5X
512 GB UFS 3.1256/512 GB UFS 4.0512GB UFS 4.0
Kamera Utama
50 MP, f/1.8 (Sudut Lebar), OIS
8 MP, f/2.2 (Ultra Lebar)

Kamera Utama
50 MP, f/1.7 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/2.2 (Ultra Lebar),
50MP, f/2.7 (Telefoto 3X), OIS
Kamera Utama
50 MP, f/1.5(Sudut Lebar), OIS
8 MP, f/2.2 (Ultra Lebar)
Kamera Hadapan
50 MP f/2.0
Kamera Hadapan
50 MP f/2.5
Kamera Hadapan
20MP f/2.2
TiadaIP68IP68
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
6800 mAh
Berwayar 80W
5150 mAh
Berwayar 65W
Nirwayar 15W
Berbalik 7.5W
6500 mAh
Berwayar 90W
RM 2299 (12/512GB)
RM 3299 (12/256GB)
RM 3799 (16/512GB)
RM 1799 (12/256GB)
RM 1999 (12/512GB)


Dalam Kotak

Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.

  • 1x OnePlus Nord 5
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.

image is not available

Kesimpulan

OnePlus Nord 5 ialah peranti yang kompeten pada harga yang kompetitif di pasaran Malaysia. Binaan kemas, rekaan kontemporari, hadir dengan kamera yang memuaskan dan bateri gergasi cukup tahan lama. Ia adalah penaiktarafan untuk Nord 4 tahun lalu.

image is not available

Saya melihat Nord 5 sebagai peranti asas yang boleh digunakan dalam semua situasi dengan kemampuan cukup-cukup sahaja tanpa disertakan ciri gimik yang tidak diperlukan. Jika anda memang peminat OnePlus, ini ialah peranti tak banyak songel tak banyak cakap untuk anda dengan harga jualan RM2299 sebuah.

Pro

  • Skrin AMOLED 144Hz yang pantas.
  • Cip yang masih berkuasa walaupun agak berusia.
  • Prestasi kamera utama yang memuaskan.
  • Bateri gergasi 6800 mAh dengan pengecasan 80W.
  • Sokongan 4 versi Android an 6 tahun tampalan sekuriti.

Kontra

  • Audio kurang memuaskan.
  • Skrin bukan LTPO.
  • Tiada piawaian kalis air rasmi.


image is not available

View Original Article