Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

TechnologyDigital
26 Oct 2026 • 9:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerana krisis RAM yang semakin memuncak dipacu oleh permintaan pusat data, peranti dalam segmen harga patut atau mampu milik kini sudah diancam kepupusan. Harga peranti tahun ini secara purata meningkat RM400 sebuah dengan perubahan pada spesifikasi adalah minima. Sudah dapat dilihat ada yang kini dilengkapi RAM dan storan lebih kecil semata-mata untuk mengawal harga.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Poco ialah jenama yang melakar namanya di pasaran Malaysia sebagai jenama berbaloi dibeli kerana spesifikasi tinggi harga pula mampu milik. Era Poco menawarkan harga “power” pada harga “kedana” juga sudah berakhir. Dengan Poco F9 Ultra mereka menawarkan peranti dengan spesifikasi mercu tetapi pada harga lebih berpatutan. Tetapi adakah ia masih berbaloi dibeli dalam segmen peranti yang kompetitif ini?

Spesifikasi

Poco F9 Ultra
Skrin6.9″ AMOLED, 185Hz
Dolby Vision, 4500 nit
PemprosesSnapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm)
Cip2x 4.6 GHz Oryon V3 Phoenix L
6x 3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Cip GrafikAdreno 840
RAM12/16GB LPDDR5X
Muatan Dalaman256/512/1000 GB UFS 4.0
Kamera Utama200MP f/1.7, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.4 (Ultra Lebar)
50MP f/3.0, OIS (Telefoto 5X)
Kamera Swafoto32MP f/2.2
Bateri8050 mAh mAh

Berwayar 100W
Nirwayar 50W
Nirwayar Berbalik 22.5W
SIM/TelefoniDual SIM (Nano-SIM, eSIM), 5G
NFCYa
AudioStereo dengan Bose
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanPengimbas cap jari bawah skrin (Ultrasonik)
Harga JualanRM 3599 (12/256GB)
RM 3999 (16/512GB)
RM 4799 (16/1000GB)

SKRIN dan REKAAN

Dengan skrin 6.9″ Dynamic AMOLED 2X 185Hz, F9 Ultra dilengkapi skrin terpantas pada telefon pernah saya ulas setakat ini. Tetapi ia bukan dari jenis dengan kadar segar semula berubah antara 60, 90, 120 dan 185 Hz bergantung kepada aplikasi. Sepanjang ulasan saya tidak pernah melihat kadar bingkai mencecah 185Hz.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Skrin mempunyai bezel nipis yang sekata serta permukaan yang rata. Sentuhan dikesan dengan baik pada kadar 4800Hz serta penghasilan warna juga menyerlah lengkap dengan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Kandungan Dolby Vision di Netflix dan HBO Max boleh dipaparkan tanpa isu. Sudut pandangan serta kemampuan membaca skrin di kawasan terang juga amat baik.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Pengimbas cap jari ultrasonik diletakkan di bawah skrin dengan kedudukan yang senang diakses. Ia cukup tinggi dengan jari boleh diimbas dengan pantas walaupun basah. Sistem imbasan wajah turut pantas asalkan ia digunakan dalam kawasan yang terang.

Estetik tubuh berkotak yang kini ialah trend industri menjadikannya selesa di dalam tangan. Kerangka tubuh diperbuat daripada logam dengan panel polikarbonat di belakang. Kemasan pada panel ini seakan logam membuatkan ia terasa premium serta membolehkan pengecasan nirwayar dan nirwayar berbalik digunakan. Panel tidak memerangkap kotoran dengan mudah.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Bonggol berkotak daripada F8 Ultra tahun lalu kembali dengan ia adalah besar dan rata. Apabila F9 Ultra diletakkan di atas meja ia stabil tanpa isu terjungkit apabila ditekan. Tiga lensa kamera rata di dalam bonggol besar ini bersama dengan satu lagi speaker Bose untuk menawarkan audio yang lantang.

Sistem kamera tahun ini impresif dengan lensa sudut lebar 200MP dengan OIS, ultra lebar 50MP dan telefoto 5X sebesar 50MP. Tiada sistem kamera berjenama tambahan diberikan. Di hadapan kamera 32MP diletakkan dalam lubang kamera yang kecil.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Terdapat butang kuasa dan laras audio pada sisi kanan yang juga diperbuat daripada logam. Di bawah diletakkan port pengecasan USB-C yang dihimpit talam SIM dan lubang untuk satu speaker stereo. Talam menyokong dua SIM fizikal. Peranti turut boleh menyokong sehingga dua eSIM. Sebuah lagi speaker diletakkan di bahagian atas bagi melengkapkan sistem stereo yang menembak ke sisi.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Bateri adalah sebesar 8050 mAh yang besar untuk peranti mercu tetapi sederhana dalam pasaran yang kini sudah dipasarkan peranti 11,000 mAh. Ia boleh dicas semula pada kuasa 100W berwayar, 50W nirwayar dan berbalik 22.5W. Seperti yang anda dapat lihat di atas, spesifikasi F9 Ultra adalah lebih baik daripada sekadar boleh tahan.

PENGGUNAAN Dan PERISIAN

Sistem operasi HyperOS 3.0.309 yang saya gunakan adalah berasaskan Android 16. Semasa artikel ditulis, masih tiada kemas kini ke Android 17 diberikan. Antaramuka berfungsi dengan lancar dan responsif. Ini dibantu oleh pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang berkuasa, memori 16GB RAM LPDDR5x dan storan 512GB UFS 4.1 yang pantas. Proses pemasangan dan melancarkan aplikasi juga sangat pantas.

Antaramuka HyperOS 3 nampak kemas dan selari dengan rekaan Android asli dengan beberapa penambahan khusus Xiaomi. Era antaramuka peranti China yang tidak menarik sudah lebih 5 tahun berakhir. Malahan boleh dikatakan pengeluar China seperti Xiaomi kini lebih ke hadapan memberikan pelbagai ciri estetik seperti video skrin kunci yang berubah mengikut waktu dan pelbagai widget berguna boleh diletakkan.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Ciri menarik pada HyperOS 3 ialah HyperIsland yang mirip dengan Dynamic Island di iOS. Tingkap mini HyperIsland memaparkan maklumat muzik yang sedang dimainkan, kepantasan pengecasan, tahap bateri fon telinga, aktiviti secara langsung, dan banyak lagi. Dua aktiviti boleh dipaparkan oleh HyperIsland dengan satu dalam tingkap berbentuk bujur dan satu lagi dalam bulatan.

Kemudian terdapat Memory Extension yang menambah memori sehingga 16GB RAM sekiranya perlu. Ciri ini turut boleh dimatikan oleh pengguna.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Terdapat sokongan Circle to Search dan Google Gemini. Xiaomi HyperAI pula boleh melakukan alih bahasa secara masa nyata, suntingan gambar, membesarkan gambar, ringkasan dokumen, menghasikkan transkrip daripada audio yang dirakam, dan menjana sari kata untuk video secara automatik.

Kekurangan hanyalah ciri lebih premium Google Personal Intelligence dan Gemini Intelligence masih terkunci untuk peranti Google serta Samsung sahaja. Pada waktu yang sama ciri tambahan lebih berkuasa ini memerlukan langganan Google AI untuk dinikmati sepenuhnya. Iklan juga muncul dalam beberapa aplikasi natif Poco dengan proses mematikannya agak leceh.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Ekosistem Apple seperti iPhone, iPad dan Macbook disokong menerusi ciri Xiaomi Interconnectivity. Penghantaran fail rentas platform turut boleh dilakukan menggunakan Xiaomi Share. Sokongan Android Quick Share secara natif menggunakan protokol AirDrop pula belum diterima Poco F9 Ultra.

Poco F9 Ultra menerima sokongan kemas kini 4 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti yang adalah lebih rendah berbanding peranti mercu Xiaomi, Samsung, Google, Honor dan Oppo.

PENANDA ARAS

Berikut ialah markah penanda aras untuk F9 Ultra apabila dibandingkan dengan beberapa peranti kelas mercu di pasaran Malaysia.

  • Samsung Galaxy Z Flip8 – Exynos 2600
  • Google Pixel 11 Pro Fold – Tensor G6
  • Oppo Find X9 Ultra – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Samsung Galaxy S26 Ultra – Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy
  • Vivo X300 Pro – Dimensity 9500
  • Apple iPhone 17 Pro – A19 Pro
  • Aple iPhone 18 Pro – A20 Pro

Antutu 3D

PerantiSkor
Poco F9 Ultra4,077,407
Samsung Galaxy Z Flip82,463,934
Google Pixel 11 Pro Fold1,212,510
Oppo Find X9 Ultra4,120,640
Samsung Galaxy S26 Ultra3,136,285
Vivo X300 Pro3,507,869
Apple iPhone 17 Pro2,634,345
Apple iPhone 18 Pro3,517,879
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Poco F9 Ultra20377914
Samsung Galaxy Z Flip819235091
Google Pixel 11 Pro Fold17644688
Oppo Find X9 Ultra350510277
Samsung Galaxy S26 Ultra365110819
Vivo X300 Pro350710469
Apple iPhone 17 Pro35608835
Apple iPhone 18 Pro399911338
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Poco F9 Ultra7353
Samsung Galaxy Z Flip84099
Google Pixel 11 Pro Fold3318
Oppo Find X9 Ultra7391
Samsung Galaxy S26 Ultra7375
Vivo X300 Pro7075
Apple iPhone 17 Pro5873
Apple iPhone 18 Pro7843
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Prestasi menjalankan aplikasi lazim dan permua kelas mercu adalah sangat baik. Tidak mengejutkan kerana cip yang digunakan berkuasa dipadankan dengan memori dan storan yang pantas. Menjalankan permua grafik tinggi seperti COD Mobile dan Zenless Zone Zero juga menjadikan peranti agak panas walaupun ia dilengkapi kebuk wasap untuk penyejukan.

Dalam ujian Antutu 3D, ia menjadi sangat panas sehingga sukar dipegang. Memang skor mencecah 4 juta tetapi suhu peranti juga terasa seakan 4 juta Fahrenheit! Isu tidak berlaku apabila menjalankan aplikasi lazim atau permua grafik rendah yang lain.


KAMERA

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto optikal 5X 50MP. Kamera swafoto hadapan pula sebesar 32MP. Konfigurasi kamera yang amat berkuasa pada sebuah telefon pintar mercu. Tiada sokongan lensa atau sistem fotografi Leica disertakan tetapi pada hemat saya gambar yang ditangkap adalah memuaskan.

Gambar nampak tajam dan warna juga menyerlah dalam semua situasi. Sistem kamera yang diberikan adalah cukup berkuasa walaupun peranti ini ditawarkan di bawah jenama mampu milik Xiaomi. Kamera juga pantas dengan satu-satunya isu yang saya sedari ialah ia menjadi sedikit panas apabila mengambil banyak gambar secara berterusan.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Berikut pula ialah gambar yang diambil pada tetapan zum 1x, 3x, 5X, 10x, dan 30x. Kualiti gambar hanya kelihatan elok sehingga 10X walaupun pada waktu malam yang sangatlah menakjubkan. Warna tidak pudar cuma imej mula kelihatan lembut. Gambar hanya benar-benar nampak tidak boleh digunakan pada tetapan zum 30x.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
1x
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
3x
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
5X
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
10X
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
30X

AUDIO

Dua speaker stereo menembak ke sisi dipadankan dengan satu subwoofer pada bonggol kamera yang ditala oleh Bose. Kualiti audio adalah amat baik dengan tiada isu pecah pada tetapan tinggal. Prestasi speaker adalah baik khususnya dalam penghasilan bass kerana wujudnya subwoofer. Poco turut menawarkan ciri lampu notifikasi pada subwoofer yang boleh diubah untuk berkelip mengikut alunan audio yang dimainkan.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

BATERI

Bateri 8050 mAh menyokong pengecasan 100W secara berwayar dan 50W secara nirwayar. Bateri boleh bertahan lebih daripada sehari dalam penggunaan sederhana. SOT sehingga 13-14 jam adalah normal kerana bateri yang besar. Pengecasan semula mengambil masa sekitar 55 minit sahaja dengan ini adalah amat pantas.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Pengecas 100W diberikan dalam kotak tetapi ia dari jenis USB-A ke USB-C. Pengecas ini diperlukan untuk mod pengecasan paling panta kerana pengecas pantas pihak ketika seperti Anker dan Ugreen tidak menyokong format HyperCharge pantas.


PESAING

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Poco F9 UltraVivo X300 UltraOppo Find X9 Ultra
6.9″ AMOLED, 185Hz
Dolby Vision, 4500 nit
6.82″ LTPO AMOLED, 144Hz, Dolby Vision, 4500 nit6.82″ LTPO AMOLED, 144Hz, Dolby Vision, 3600 nit
Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm)
2x 4.6 GHz Oryon V3 Phoenix L
6x 3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm)
2x Oryon V3 Phoenix L 4.74 GHz
6 xOryon V3 Phoenix M 3.62 GHz
Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm)
2x 4.6 GHz Oryon V3 Phoenix L 4.6 GHz
6x 3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Adreno 840Adreno 840Adreno 840
12/16 GB LPDDR5X16 GB LPDRR5X12/16 GB LPDDR5X
256/512/1000 GB UFS 4.0512/1000 GB UFS 4.1512/1000 GB UFS 4.1
Kamera Utama
200MP f/1.7, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.4 (Ultra Lebar)
50MP f/3.0, OIS (Telefoto 5X)
Kamera Utama
200MP f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.0 (Ultra Lebar)
200MP f/2.7, OIS (Telefoto 3.7X)
Lensa Zeiss
Kamera Utama
200 MP f/1.5, OIS (Sudut Lebar)
50 MP f/2.0 (Ultra Lebar)
200 MP f/2.2, OIS (Telefoto 3X)
50 MP f/3.5, OIS (Telefoto 10X)
Kamera Hasselblad
Kamera Hadapan
32 MP f/2.2
Kamera Hadapan
50 MP f/2.5
Kamera Hadapan
50MP f/2.4
IP68IP69IP69
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio Stereo
Speaker BOSE
Audio StereoAudio Stereo
8050 mAh mAh
Berwayar 100W
Nirwayar 50W
Nirwayar Berbalik 22.5W
6600 mAh SiC
Berwayar 100W
Nirwayar 60W
Nirwayar Berbalik 10W
7050 mAh SiC
Berwayar 100W
Nirwayar 50W
Nirwayar Berbalik 10W
HyperOS 3, Android 16

Kemaskini
4+6 tahun
OriginOS 6, Android 16

Kemaskini
5+7 Tahun
ColorOS 16,Android 16,

Kemaskini
5+6 Tahun
Dilancarkan
September 2026
Dilancarkan
Mei 2026
Dilancarkan
April 2026
RM 3599 (12/256GB)
RM 3999 (16/512GB)
RM 4799 (16/1000GB)
RM 6,799 (16/512GB)
RM 7,799 (16/1000GB)
RM 6,799 (12/512GB)
RM 7,799 (16/1000GB

DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.

  • 1x Poco F9 Ultra
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Pengecas 100W Xiaomi HyperCharge USB-A
  • Kerangka plastik
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

KESIMPULAN

Poco F9 Ultra ialah peranti yang saya masukkan ke dalam segmen mercu mampu milik yang berbaloi kerana prestasi cemerlang, binaan yang baik, skrin mantap, bateri besar dengan sokongan pengecasan pantas, sistem audio baik dan kamera yang kompeten. Semuanya dalam pakej harga jualan bermula RM 3599 sebuah untuk 12/256GB. Yang nampak mahal tetapi peranti lain dalam kelas ini dijual jauh lebih mahal kerana krisis RAM global yang kronik.

Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga

Isu yang wujud hanyalah kecil seperti iklan, masih Android 16 dalam perisian dan sokongan perisian selama 4+6 tahun sahaja berbanding peranti lain dalam kelas ini yang disokong selama 7 tahun.

Pro

  • Rekaan kemas dan premium.
  • Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang berkuasa.
  • Kalis air IP68.
  • Kamera yang versatil dalam pelbagai situasi.
  • Sistem audio yang baik.
  • Bateri besar dan pengecasan 100W amat pantas.

Kontra

  • Menjadi agak panas apabila menjalan permua grafik tinggi.
  • Iklan dalam beberapa aplikasi Xiaomi.
  • Sokongan perisian 4+6 tahun sahaja.
  • Masih Android 16.
Image from: Ulasan Poco F9 Ultra – Premium Serba Serbi Kecuali Harga
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved