Ulasan Realme 13 Pro+ 5G – Kemaskini Iteratif Kurang Kompetitif

TechnologyDigital
20 Sep 2024 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme 13 Pro+ 5G dilancarkan hari ini untuk pasaran global dengan ia adalah peranti kemas kini untuk Realme 12 Pro+ 5G yang dilancarkan hanya Februari lalu. Di atas kertas perbezaan antara kedua-dua peranti tidak begitu ketara. Ini ialah ulasan untuk Realme 13 Pro+ 5G bagi memudahkan anda melakukan pilihan yang paling tepat.

image is not available

Spesifikasi

Realme 13 Pro+ 5G
Skrin6.7″ AMOLED, FHD+, 120Hz
PemprosesSnapdragon 7s Gen 2 (4nm)

4x 2.4 GHz Cortex-A78
4x 1.95 GHz Cortex-A55
Cip GrafikAdreno 710
RAM8/12 GB LPDDR4X
12 GB Maya
Storan256/512 GB UFS 3.1
Kamera Utama50MP, f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
8MP, f/2.2 (Ultra Lebar)
50MP, f/2.7 (Telefoto Periskop)
Kamera Depan32MP, f/2.5
Bateri5200mAh
80W (Berwayar)
Sim/TelefoniDwi-SIM 5G
AudioSpeaker Stereo
RangkaianWiFi 6,
Bluetooth 5.3
NFC
Infra MerahTiada
Kalis AirIP65
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin
Imbasan wajah
Harga JualanRM1999 (12/256 GB)
RM2299 (12/512 GB)

Skrin

Skrin adalah sebesar 6.7″ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz yang sama dengan yang digunakan pada 12 Pro+. Ianya melengkung pada bahagian sisi dan dapat dilihat dengan baik walaupun di bawah cahaya matahari yang terik. Paparan kandungan nampak hidup dengan warna yang nampak bermaya.

image is not available

Kekurangan pada skrin ini ialah ia tidak menyokong sebarang piawaian HDR dalam aplikasi Netflix, YouTube dan Prime Video dibuka. Adalah sedikit merugikan skrin AMOLED yang cantik ini tidak mempunyai sokongan HDR secara rasmi.

Biometri

Sistem pengimbas cap jari bawah skrin adalah dari jenis optikal dengan lokasinya sedikit jauh ke bawah sehingga membuatkan proses menyahkunci peranti menjadi sedikit leceh. Saya sedari panel OLED dengan pengimbas cap jari yang terletak rendah ini digunakan oleh kebanyakan peranti di bawah payung BBK Electronics. Walaupun sedikit melecehkan, ia adalah pengimbas cap jari yang sangat pantas. Terdapat juga sistem imbasan wajah yang menyahkunci lebih pantas dan tidak begitu melecehkan.

image is not available

Rekaan

Rekaan juga adalah satu lagi persamaan 13 Pro+ dengan 12 Pro+ kerana tidak banyak bezanya. Bingkai logam dipadankan dengan panel belakang yang mempunyai kemasan kulit vegan. Pada sisi kanan diletakkan butang laras audio dan juga butang kuasa. Terdapat sebuah kekisi speaker di atas dan bawah yang memberikan pengalaman audio stereo yang seimbang. Sementara itu di bawah juga terdapat port pengecasan USB-C dan juga talam SIM yang menyokong dua SIM bersaiz nano.

image is not available

Butang yang digunakan terasa tegap dan sedap ditekan. Bonggol kamera pada panel belakang berbentuk bulat dengan ia menempatkan tiga lensa kamera dan satu lampu flash dalam susunan 2×2 yang simetri. Pada parameter bonggol terdapat gelang logam yang sekali lagi sama dengan 12 Pro+. Perbezaan hanyalah tiada garis logam melintang pada permukaan kulit vegan di belakang.

Saya lebih menyukai rekaan 13 Pro+ kerana kulit vegan yang berterusan tanpa diganggu garis logam menjadikan peranti lebih selesa dipegang. Permukaan kulit vegan ini lembut dan paling penting tidak memerangkap sebarang kotoran dengan mudah.

image is not available

Walaupun 13 Pro+ ialah sebuah peranti kelas pertengahan, kemasannya membuatkan ia terasa lebih mewah. Saya katakan begini kerana dalam tangan ia terasa sama sahaja dengan Realme GT 6 yang merupakan sebuah peranti mercu mampu milik. Kekurangan pada hemat saya hanyalah tiada bicu audio 3.5mm dan pemancar infra merah yang secara lazimnya disertakan pada peranti dalam kelas mampu milik.

image is not available

Nasib baiklah peranti masih mempunyai sokongan NFC dan juga kemampuan kalis air IP65. Menerusi sistem NFC tiada isu untuk menambah nilai kad TnG NFC dan juga menggunakan telefon sebagai kunci digital menggantikan kad fizikal untuk masuk ke dalam pejabat.

image is not available

Penggunaan – Realme UI 5.0

Realme UI 5.0 adalah berasaskan Android 14 maka terdapat banyak ciri standard disertakan seperti multi tingkap, mod kanak-kanak, gestur dan mod penggunaan satu tangan. Ini ialah versi sistem operasi yang sama dengan GT 6 dan oleh itu kedua-dua peranti mempunyai ciri yang setanding. Antaramuka Realme UI 5.0 adalah mirip dengan ColorOS. Ianya minimalis, mudah difahami dan beroperasi dengan lancar walaupun 13 Pro+ sekadar dilengkapi pemproses kelas pertengahan yang tidak begitu berkuasa.

image is not available

Model yang saya ulas dilengkapi 12GB RAM LPDDR4X yang boleh ditingkatkan sehingga 24GB menggunakan mod memori maya. Saiz RAM 12GB pada hemat saya adalah lebih daripada memadai untuk pelbagai aplikasi lazim. Saya tidak menyedari sebarang isu tatalan tidak lancar, aplikasi lambat dilancarkan dan aplikasi perlu disegar semula dengan kerap.

image is not available

Kerana kita kini di zaman kecerdasan buatan (AI), terdapat beberapa ciri pintar disertakan. SPertama sekali ialah AI Smart Loop yang memendekkan proses melakukan beberapa tugasan yang remeh. Sebagai contoh gambar yang disunting tadi boleh terus dikongsi ke WhatsApp atau Gmail dengan hanya menekannya dalam aplikasi Photos dan kemudian menariknya ke sisi masuk ke dalam antaramuka AI Smart Loop. Proses berkongsi imej adalah semudah melalukan aksi drag & drop.

Kemudian jika teks alamat diterima, tekan teks yang diterima dan tarik ke ikon Google Maps dalam AI Smart Loop. Terdapat slot untuk lima aplikasi kegemaran dalam AI Smart Loop. Jika aplikasi lain ingin digunakan, terdapat roda yang berputar membolehkan semua aplikasi terpasang pada telefon digunakan dalam AI Smart Loop.

Gambar juga boleh disunting secara automatik menggunakan AI Smart Removal. Tekan objek yang tidak diinginkan dalam aplikasi Gallery dan AI Realme akan memadamnya. Bagi yang kurang menggemari AI, terdapat ciri Air Gesture yang membolehkan peranti dikawal dengan hanya pergerakan tangan tanpa jari menyentuh skrin.

Penanda Aras

Mari lihat prestasi cip Snapdragon 7s Gen 2 pada Realme 13 Pro+ 5G. Ia sebuah cip kelas pertengahan yang dilengkapi empat teras Cortex-A78 dan Cortex-A55 yang sudah agak berusia serta GPU Adreno 710. Saya bandingkan cip ini dengan Dimensity 7300 (CMF Phone 1), Dimensity 7020 (Infinix Note 40 Pro) dan Dimensity 8200 Ultimate (Infinix GT 20 Pro).

image is not available

AnTuTu 3D

  • Realme 13 Pro+ 5G – 613,504
  • CMF Phone 1 – 644,913
  • Infinix Note 40 Pro – 450,320
  • Infinix GT 20 Pro – 933,015

Geekbench 6

  • Realme 13 Pro+ 5G – 899/2763
  • CMF Phone 1 – 1044/2927
  • Infinix Note 40 Pro – 1120/3338
  • Infinix GT 20 Pro – 1244/3516

3DMark Wild Life Extreme

  • Realme 13 Pro+ 5G – 809
  • CMF Phone 1 – 851
  • Infinix Note 40 Pro – N/A
  • Infinix GT 20 Pro – 1736

image is not available

Prestasi menjalankan aplikasi lazim adalah memuaskan dengan ia boleh dibuka dengan pantas serta tidak tersekat-sekat. Memainkan aplikasi permainan 3D ringkas seperti Temple Run 2 juga boleh dilakukan tanpa sebarang isu. Kemudian apabila memainkan permua lebih berat seperti COD Mobile, saya boleh mainkan pada tetapan sederhana tinggi dengan kadar bingkai yang memuaskan.

Tiada isu pemanasan melampau dikesan selepas memainkan lima pusingan mod multiplayer. Saya tidak boleh sarankan 13 Pro+ 5G jika anda ingin memainkan permua seperti Genshin Impact dan COD Warzone Mobile. Kedua-dua permainan ini memerlukan cip lebih berkuasa bagi memberikan pengalaman permainan lebih lancar.

KAMERA

Kalau dilihat pada spesifikasi kamera, nampak seakan ada kekurangan kerana saiz sensor lebih kecil apabila dibandingkan dengan Realme 12 Pro+ 5G. Tetapi sebenarnya sensor yang digunakan pada 13 Pro+ adalah lebih baik. Lensa sudut lebar dipadankan dengan sensor 50MP Sony LYT-701 dengan OIS, lensa ultra lebar 8MP dan lensa telefoto dengan periskop 50MP LYT-600.

Ini adalah peningkatan berbanding sensor OmniVision dan IMX-800 sebelum ini. Di hadapan pula kamera swafoto juga lebih besar dengan sensor 32MP.Berikut ialah sampel gambar yang sempat saya ambil menggunakan kamera 13 Pro+.

Dalam situasi pencahayaan yang baik gambar yang diambil tajam dengan penghasilan warna yang sedikit kuning berbanding situasi sebenar. Sistem OIS memastikan gambar diambil menggunakan lensa utama sentiasa memuaskan. Dalam mod malam juga sistem OIS membantu mengurangkan kelembutan pada imej yang ditangkap.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Mod potret dengan haiwan

image is not available

Dengan sistem periskop, kualiti zum saya rasakan memuaskan sehingga 10X. Memang kamera boleh melakukan zum sehingga 120X tetapi pada tetapan ini imej yang diambil kabur, nampak seperti lukisan cat air dan warna mula nampak cair.

image is not available
Zum 1X

image is not available
Zum 2X

image is not available
Zum 4X

image is not available
Zum 60

image is not available
Zum 120X

Telefoni, WiFi dan GPS

Prestasi selular adalah amat baik dengan masih terdapat palang rangkaian apabila berada di dalam lif. Di Malaysia saya rasakan isu ialah rangkaian 5G oleh syarikat telekomunikasi yang tidak konsisten dan bukannya salah telefon jika kelajuan 5G kurang memberangsangkan. WiFi juga amat pantas sekiranya anda mempunyai modem WiFi 6 di rumah. Prestasi GPS turut tidak mengecewakan dengan lokasi dijejak dalam masa kurang dua saat.

image is not available

Audio

Dengan kedua-dua speaker menembak ke sisi, audio yang dilontarkan kedengaran lebih seimbang berbanding pada peranti lain yang menggunakan konfigurasi satu menembak ke depan dan satu ke sisi. Tiada sistem Dolby Atmos tetapi disertakan pula sistem audio OReality Audio. Saya rasakan kualiti audio sekadar sederhana sahaja. Pada tetapan lebih tinggi ia mula sedikit pecah. Tiada bicu audio 3.5mm tetapi ini sudah mula menjadi norma walaupun pada peranti kelas pertengahan.

image is not available

Bateri

Bateri 5200mAh yang disertakan mampu bertahan sepanjang hari. Secara purata jika pengecas dicabut pada jam 6:30 pagi, masih terdapat 15-20% pada jam 10 malam sebelum saya masuk tidur. Saya bukanlah pengguna tegar kerana boleh dikatakan sepanjang hari di pejabat. Dengan pengecas 80W, bateri ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa sekitar 40 minit yang adalah amat pantas. Pengecas SuperVOOC ini disertakan dengan setiap pembelian peranti.

image is not available

Perbandingan

Realme 13 Pro+ 5GNothing Phone (2a) PlusVivo V40
6.7″ AMOLED, 1080 x 2412 ,
120Hz, 2000 nits,
6.7″ AMOLED, 1080 x 2412,
120Hz, HDR10+
6.78″ AMOLED, 1260 x 2800,
120Hz, HDR10+
Snapdragon 7s Gen 2 (4nm)

4x 2.4 GHz Cortex-A78
4x 1.95 GHz Cortex-A55
Dimensity 7350 Pro (4nm)

2x 3.0 GHz Cortex-A715
6x 2.0 GHz Cortex-A510
Snapdragon 7 Gen 3 (4nm)

1x 2.63 GHz Cortex-A715
3x 2.4 GHz Cortex-A715
4x 1.8 GHz Cortex-A510
Adreno 710Mali G610 MC4Adreno 720
12 GB LPDDR4X
12 GB Maya
8/12 GB LPDDR512 GB LPDDR4X
512 GB UFS 3.1256 GB UFS 3.1256/512 GB UFS 2.2
Kamera Utama
50MP f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
8MP f/2.2 (Ultra Lebar)
50MP f/2.7 (Telefoto Periskop)
Kamera Utama
50MP f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.2 (Ultra Lebar)
Kamera Utama
50MP f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.0 (Ultra Lebar)
Lensa Zeiss
Kamera Hadapan
32MP, f/2.5
Kamera Hadapan
50MP, f/2.2
Kamera Hadapan
50 MP, f/2.0
IP65IP54IP68
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
5200 mAh (Berwayar 80W)5000 mAh (Berwayar 50W)5500 mAh (Berwayar 80W)
RM2299 (12/512 GB)RM1,999 (12/256 GB)RM1999 (12/256 GB)
RM2399 (12/512 GB)

Apa Ada Dalam Kotak

Berikut ialah komponen yang disertakan dengan setiap pembelian.

  • 1x Realme 13 Pro+ 5G
  • 1x Kerangka pelindung plastik
  • 1x Kabel USB-A ke USB-C.
  • 1x Pengecas USB-A 80W
  • 1x Buku panduan dan keselamatan.
  • 1x Pin SIM

image is not available

Kesimpulan

Realme 13 Pro+ 5G ialah peranti yang menawarkan penambahbaikan iteratif apabila dibandingkan dengan Realme 12 Pro+ 5G. Kamera adalah lebih baik, bateri lebih besar, dan pengecasan lebih pantas. Walaupun 13 Pro+ 5G ialah sebuah peranti yang baik dalam kategori kelas pertengahan, ia kurang kompetitif apabila dibandingkan dengan peranti seperti Nothing Phone (2a) Plus, Vivo V40 dan Redmi Note 13 Pro misalnya.

image is not available

Ketiga-tiga peranti tadi menawarkan pemproses lebih berkuasa, kamera lebih besar dan harga yang lebih mampu milik. Maka adalah sedikit sukar untuk menyarankan pembelian Realme 13 Pro+ 5G sedangkan wujud peranti lebih baik dalam julat harga yang sama (atau lebih murah) melainkan anda memang peminat tegar ekosistem Realme.

Di Malaysia Realme 13 Pro+ 5G dijual pada harga RM2299 untuk 12/512GB dalam warna Monet Gold dan Emerald Green. Realme menawarkan hadiah percuma Realme Buds T01, jaminan peranti 1+1 tahun dan jaminan gantian kaca retak 730 hari yang bernilai RM1137.

PRO

  • Rekaan menarik khususnya versi kulit vegan.
  • Skrin yang cantik, responsif dan pantas.
  • Bateri tahan lama dan menyokong pengecasan pantas 80W.
  • Perlindungan kalis air IP65.
  • Prestasi kamera yang memuaskan dengan sokongan OIS.

KONTRA

  • Harga kurang kompetitif.
  • Snapdragon 7s Gen 2 tidak begitu berkuasa.

image is not available