Ulasan Vivo V60 – Praktikal Dan Relevan

TechnologyDigital
9 Sep 2025 • 10:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini vivo menunjukkan pendekatan yang lebih agresif dalam memperkenalkan pelbagai telefon baharu ke pasaran Malaysia. Salah satu model terkini ialah vivo V60 dan saya sekali lagi berpeluang mencubanya.

image is not available

Sebagai pengguna yang pernah menggunakan beberapa model dalam siri vivo V sebelum ini, saya dapati terdapat beberapa peningkatan pada V60. Namun, dari sudut pengalaman keseluruhan, peningkatan tersebut tidak begitu ketara. Kenapa saya berkata begitu? Saya akan huraikan secara lebih terperinci dalam ulasan ini.


Spesifikasi

vivo V60
SkrinAMOLED, 1B colors, HDR10+, 120Hz, 1500 nits
6.77-inci (1080 x 2392 piksel)
Schott Xensation Core
PemprosesSnapdragon 7 Gen 4 (4 nm)
Cip1 x 2.8 GHz Cortex-720
4 x 2.4 GHz Cortex-720
3 x 1.8 GHz Cortex-520
Cip GrafikAdreno 722
RAM8/12GB RAM LPDDR5X
RAM Maya (+12GB RAM)
Muatan Dalaman256/512GB UFS 4.0
Kamera Utama50 MP, f/1.9, 23mm (lebar) OIS
50 MP, f/2.7, 73mm (telefoto periskop) OIS
8 MP, f/2.0, 15mm (ultra-lebar)
4K/30FPS
Kamera Depan50 MP, f/2.2
BateriSi / C Li-Ion 6500 mAh
Berwayar 90W
Pengecasan berbalik
ByPass Charging
SIM/TelefoniDwi SIM Nano /5G
NFCYa
Infra MerahYa
Kalis AirIP68/69
Sistem ImbasanImbasan cap jari
Imbasan wajah
Harga JualanRM1899 (8/256GB)
RM2199 (12/256GB)
RM2599 (12/512GB)

Pengalaman Penggunaan

Sebagai pengguna yang pernah mengulas model V50, saya dapati telefon ini masih mengekalkan identiti reka bentuknya yang tersendiri. Ia tampil dengan badan yang nipis dan ringan serta lengkungan penuh di bahagian hadapan dan belakang. Reka bentuk fizikal ini menjadikan telefon terasa mudah digenggam dan selesa digunakan terutamanya dengan satu tangan.

image is not available

Kemasan pusam masih dikekalkan pada telefon dan kali ini saya berpeluang menggunakan unit berwarna Berry Purple. Walaupun dinamakan ‘purple’ bagi saya warnanya lebih menyerupai merah hati dengan tona yang sedikit lebih gelap berbanding merah terang pada V50 yang pernah saya gunakan sebelum ini.

Panel belakang telefon terasa licin dan kemas di tangan, memberikan rasa premium yang menyenangkan. Modul kamera pula kelihatan lebih menonjol berbanding V50 dengan rekaan yang mengingatkan saya kepada model X200 FE yang pernah saya gunakan sebelum ini.

image is not available

Menariknya, sistem Aura masih dikekalkan meskipun saiznya kini lebih kecil. Walaupun begitu, ia tetap berfungsi dengan baik dalam memberikan pencahayaan tambahan yang seimbang terutama sewaktu mengambil gambar dalam suasana malap. Ia amatlah membantu dalam menghasilkan imej yang lebih jelas dan mengurangkan hingar.

Saya cukup tertarik dengan penggunaan bingkai aluminium yang hadir dalam kemasan merah, sepadan dengan tubuh telefon ini. Ia bukan sahaja menyerlahkan rekaan secara langsung malah membantu mengurangkan berat keseluruhan. Hasilnya telefon ini terasa ringan dans selesa untuk digenggam.

image is not available

Walaupun beratnya mencecah 199 gram, telefon ini tetap terasa seimbang di tangan. Saya percaya keseimbangan ini banyak dipengaruhi oleh susunan perkakasan dalaman yang kemas terutamanya bateri karbon silikon 6500mAh yang dimuatkan tanpa menjejaskan keselesaan reka bentuk. Kesannya, telefon ini selesa digunakan dalam tempoh yang lama sama ada untuk menonton kandungan, bermain permua atau tugasan harian.

Sepanjang tempoh penggunaan, paparan melengkung telefon ini benar-benar memberikan kepuasan. Kandungan kekal jelas tanpa gangguan di bahagian sisi walaupun menggunakan skrin melengkung. Skrin AMOLED yang digunakan berfungsi dengan baik. Paparan stabil dan menyenangkan sepanjang tempoh penggunaan. Warna yang dipaparkan terang, tajam dan hidup.

image is not available

Sokongan kadar segar semula 120Hz turut memberi impak positif terhadap pengalaman harian saya. Gerakan di skrin terasa responsif tanpa sebarang isu seperti sistem tersekat atau skrin gagal berfungsi sepanjang tempoh penggunaan. Selain itu, sokongan penstriman Netflix pada tahap Widevine L1 turut membolehkan kandungan ditonton dalam resolusi tinggi tanpa gangguan.

image is not available

Sistem audio stereo pada telefon ini turut menambah keseronokan ketika digunakan. Ia menggunakan konfigurasi hibrid di mana ganggang telinga berfungsi sebagai saluran kedua. Walaupun satu pembesar suara menghala ke hadapan dan satu lagi ke bahagian bawah, bunyi yang dihasilkan tetap jelas. Dialog kedengaran dengan baik meskipun prestasi bass sedikit kurang. Untuk tontonan video dan muzik harian, saya dapati kualiti audio yang ditawarkan cukup meyakinkan untuk pengguna biasa.

Dari segi ketahanan, telefon ini hadir dengan penarafan IP68 dan IP69 yang bermakna ia kalis habuk dan air. Walaupun saya tidak mengujinya dalam keadaan basah sepenuhnya, ia pernah terkena percikan air secara tidak sengaja dan tetap berfungsi dengan baik. Ini memberikan keyakinan untuk penggunaan harian terutamanya dalam situasi luar jangka seperti hujan atau kelembapan persekitaran.


Perkakasan Dan Perisian Dalaman

Telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 4, satu peningkatan berbanding Snapdragon 7 Gen 3 pada model sebelumnya. Telefon ini hadir dengan pilihan memori antara 8GB hingga 12GB RAM bersama storan sehingga 512GB. Telefon ini turut menyokong RAM maya sehingga 12GB yang menjadikan jumlah keseluruhan RAM boleh mencecah 24GB. Menariknya, ciri mampatan storan 50GB turut disertakan seperti yang biasa ditawarkan dalam FunTouch OS 15.

image is not available

Sepanjang penggunaan, prestasi telefon ini ditahap stabil dan memadai untuk tugasan harian. Animasi kelihatan lancar, tatalan responsif dan setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah seperti aplikasi terpadam. Untuk permua, saya mencuba Honor of Kings (HOK) dengan kadar bingkai konsisten sekitar 120 FPS. Walaupun sesekali ada penurunan berlaku, permua masih boleh dimainkan dengan lancar. Dalam mod Ultra pula, kadar 90 FPS dilihat stabil dan penurunan yang berlaku tidak menjejaskan pengalaman keseluruhan.

AnTuTu 3D

CipSkor
Snapdragon 7 Gen 41,255,130
Dimensity 8400-Ultra1,590,533
Dimensity 84501,437,541
Snapdragon 7s Gen 3788,110
Snapdragon 7 Gen 3 1,524,100
Tensor G41,016,712

Geekbench 6

CipSatu TerasMulti Teras
Snapdragon 7 Gen 412643615
Dimensity 8400-Ultra15756121
Dimensity 845016156174
Snapdragon 7s Gen 3 11463123
Snapdragon 7 Gen 3 11373130
Tensor G419164644

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Snapdragon 7 Gen 46367
Dimensity 8400-Ultra3839
Dimensity 84503780
Snapdragon 7s Gen 31037
Snapdragon 7 Gen 3 5334
Tensor G42567

Vivo V60 menggunakan FunTouch OS 15 berasaskan Android 15 dengan rekaan antaramuka yang masih mengekalkan identiti vivo. Walaupun mungkin bukan pilihan semua orang, saya dapati ia masih mudah dibiasakan selepas beberapa hari penggunaan. Saya faham mengapa ada yang merasakan UI vivo kurang mesra pengguna. Malah selepas mencuba Origin OS sebelum ini, saya secara peribadi lebih menggemari pendekatan yang digunakan oleh sistem tersebut. Namun begitu, versi baharu Funtouch OS hadir dengan beberapa penambahbaikan menarik yang memberi fokus kepada prestasi dan keselesaan.

image is not available

image is not available

Beberapa ciri AI yang disertakan sangat membantu dalam rutin harian saya. Fungsi AI Photo Enhancer memudahkan saya meningkatkan kualiti gambar tanpa perlu melakukan suntingan manual. AI Erase pula berguna untuk memadam objek yang tidak diingini dalam gambar.

AI Caption boleh menjana kapsyen secara automatik, dan kadangkala hasilnya cukup tepat serta sesuai dengan suasana gambar. Sementara itu, AI Screen Translation sangat praktikal terutamanya apabila saya menemui kandungan dalam bahasa asing. Walaupun terjemahannya tidak sempurna, ia sudah memadai untuk saya memahami konteks dengan jelas.

image is not available

Untuk permua, Mod Ultra Game dan fungsi split-screen sangat membantu terutama apabila saya boleh menukar aplikasi tanpa mengganggu permainan yang sedang berlangsung. Selain itu, ciri seperti Live Transcribe dan Sound Notifications juga berguna apabila saya perlukan maklumat segera atau mahu menukar audio kepada teks dengan pantas.


Kamera Dan Kualiti Gambar

Telefon ini dilengkapi dengan kamera utama 50MP yang menyokong OIS untuk rakaman lebih stabil. Ia turut menampilkan kamera periskop telefoto 50MP dengan sokongan zum optikal 3x serta kamera ultra-lebar 8MP untuk tangkapan sudut luas.

Untuk rakaman video, resolusi sehingga 4K/30FPS disokong dengan OIS dan EIS bagi memastikan hasil rakaman kurang gegaran. Kamera swafoto 50MP pula menyokong rakaman 4K lengkap dengan auto fokus dan sokongan ZEISS optics untuk hasil yang lebih berkualiti tinggi.

image is not available

image is not available

Nisbah aspek gambar sehingga 16:9 masih tersedia bersama pelbagai penuras ZEISS dan fungsi ZEISS Multifocal Portrait yang saya rasakan cukup berguna untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif. Sokongan panjang fokus seperti 23mm, 85mm dan 100mm memberi saya lebih kebebasan untuk merakam subjek dari pelbagai jarak. Berbanding model vivo V50 yang hanya menawarkan kamera utama dan ultra-lebar, penambahan lensa telefoto pada model V60 terasa sebagai satu peningkatan ketara dari segi keupayaan fotografi.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Sepanjang penggunaan, saya berpuas hati dengan sistem kamera ini dan jelas ada peningkatan ketara berbanding model sebelumnya. Dalam mod gambar biasa, warna yang dihasilkan kelihatan lebih terang dengan julat dinamik yang baik. Apabila saya mencuba ciri zoom telephoto, hasil gambar kelihatan jauh lebih tajam dan jelas malah hampir menyerupai kualiti yang pernah saya lihat pada model X200 FE. Ini menunjukkan peningkatan ketara dari segi keupayaan sensor dan pemprosesan imej.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Apa yang saya suka, warna yang dihasilkan melalui zoom telephoto kekal konsisten dengan zoom 1x. Ini berbeza dengan sesetengah telefon lain yang sering mengalami perubahan warna apabila bertukar lensa. Untuk mengekalkan kualiti dalam mod zoom, saya dapati tetapan seperti ‘color textured’ sangat membantu walaupun hasil akhir masih bergantung kepada keadaan pencahayaan semasa.

image is not available

image is not available

image is not available

Mod ultra-lebar pada telefon ini tidak mengecewakan. Gambar yang diambil kelihatan baik dengan herotan di bahagian bucu yang sangat minimum. Kesan fish-eye juga tidak terlalu ketara, sekali gus menghasilkan tangkapan yang lebih semula jadi dan menyenangkan. Namun begitu, auto fokus agak lemah apabila subjek mula bergerak. Ini menjadikan agak sukar untuk mendapatkan gambar yang tajam dalam situasi sedemikian.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam mod malam, pencahayaan memainkan peranan yang sangat penting. Jika terlalu terang, gambar mudah kelihatan pecah dan dipenuhi hingar. Sebaliknya jika terlalu gelap, hasilnya menjadi kurang jelas dan kehilangan butiran penting. Ketika menggunakan zoom paling tinggi dalam keadaan cahaya rendah, gambar cenderung menjadi washout dan butiran hilang sepenuhnya. Dalam situasi gelap, kehadiran aura light sangat membantu mengurangkan hingar terutamanya pada wajah subjek.

image is not available

image is not available

image is not available

Mod potret pada telefon ini menunjukkan peningkatan berbanding model V50. Walaupun proses pasca imej masih sedikit perlahan, terutamanya apabila mengambil banyak gambar secara berturut-turut, hasil yang diperoleh tetap memuaskan.

Kesan bokeh kelihatan semula jadi termasuk dalam keadaan pencahayaan rendah. Namun apabila latar belakang terlalu terang, fungsi edge detection menjadi kurang tepat. Bagaimanapun, pemisahan antara subjek dan latar belakang secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan yang ketara dan lebih kemas berbanding model sebelumnya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Saya juga sempat mencuba ciri AI Four Seasons Portrait yang tersedia pada telefon ini. Ia membolehkan saya menjana imej bertemakan musim seperti luruh dan sejuk lengkap dengan tera air sebagai penanda. Ciri ini pernah saya lihat dalam Origin OS dan pernah diulas semasa pandang pertama vivo X-Fold3. Kali ini, ia dibawa masuk ke FunTouch OS dan secara peribadi saya merasakan ia memberikan sentuhan menarik.

image is not available

image is not available

image is not available

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan prestasi kamera telefon ini. Fungsi zoom telephoto mudah digunakan dan sistem OIS banyak membantu dalam menstabilkan rakaman. Walaupun pasca proses imej agak perlahan tetapi hasil gambar zoom tetap memuaskan. Mod potret juga menunjukkan peningkatan berbanding model sebelumnya, dengan hasil yang lebih kemas dan pemisahan subjek yang lebih tepat.


Bateri Dan Pengecasan

Telefon ini dilengkapi dengan bateri karbon silikon berkapasiti 6500mAh, satu peningkatan berbanding 6000mAh pada model V50. Sepanjang penggunaan saya, kapasiti ini memberikan ketahanan yang cukup memuaskan untuk aktiviti harian biasa termasuk penstriman, permua dan penggunaan aplikasi sosial.

image is not available

Berdasarkan penggunaan penuh secara peribadi, telefon ini mampu bertahan sehingga 20 jam 28 minit dengan Screen-on Time (SOT) sekitar 10 jam 45 minit. Dalam senario lain, ia mencatatkan ketahanan 19 jam 18 minit dengan SOT 10 jam 44 minit, atau 17 jam 42 minit dengan SOT 10 jam 4 minit. Prestasi bateri ini boleh dikategorikan sebagai konsisten dan boleh diharap untuk penggunaan seharian.

Dari segi pengecasan, telefon ini menyokong pengecasan pantas 90W berwayar, membolehkan bateri diisi semula dalam tempoh yang singkat. Ia turut dilengkapi dengan ciri reverse wired charging, yang membolehkan telefon ini mengecas peranti lain secara terus melalui kabel.

Selain itu, fungsi bypass charging sangat berguna ketika bermain permua kerana ia menyalurkan kuasa terus ke sistem tanpa melalui bateri. Ini membantu mengurangkan haba dan memastikan prestasi kekal stabil sepanjang sesi permainan.


Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

image is not available

  • 1 x vivo V60 5G.
  • 1 x Kepala Pengecas 90W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka Silikon Lembut.
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pencungkil SIM.


Kesimpulan

Telefon ini menawarkan ciri yang sesuai untuk kegunaan harian, dengan reka bentuk yang nipis dan ringan serta kemasan pusam yang tampak kemas dan moden. Paparan AMOLED melengkung bersama kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman tatalan yang lancar menjadikan animasi dilihat menyenangkan.

Sistem audio stereo menghasilkan bunyi yang jelas dan seimbang meskipun prestasi bass sedikit kurang. Penambahan lensa telefoto berbanding model V50 merupakan satu peningkatan dari segi keupayaan kamera terutama untuk rakaman jarak jauh. Bateri karbon silikon 6500mAh pula memberikan ketahanan yang baik untuk penggunaan harian.

image is not available


Namun, terdapat beberapa kekurangan yang wajar dipertimbangkan. Modul kamera yang agak menonjol mungkin kurang selesa bagi sesetengah pengguna. Kualiti bass audio pula tidak begitu mendalam menjadikan pengalaman audio kurang menyerlah bagi peminat muzik. Di samping itu, sistem operasi FunTouch OS mungkin tidak sesuai dengan cita rasa semua khususnya mereka yang lebih menggemari antaramuka yang lebih ringkas.

Secara keseluruhan, V60 sesuai untuk pengguna yang mencari sebuah telefon serba boleh dengan keseimbangan antara reka bentuk, prestasi, kamera dan bateri. Pembeliannya wajar dipertimbangkan terutamanya bagi mereka yang belum menggunakan model sebelumnya.

Namun, jika anda sudah memiliki vivo V50, peningkatan kali ini hanya benar-benar relevan sekiranya anda ingin mencuba pengalaman kamera telefoto serta ketahanan bateri yang lebih konsisten.


Kelebihan

  • Reka bentuk nipis, ringan dan kemas
  • Paparan AMOLED melengkung 120Hz
  • Pengalaman visual lancar dan responsif
  • Sistem audio stereo menghasilkan bunyi yang jelas
  • Penambahan lensa telefoto meningkatkan kelebihan kamera
  • Bateri karbon silikon 6500mAh dengan ketahanan yang baik.

Kekurangan

  • Modul kamera agak menonjol.
  • Kualiti bass audio tidak begitu mendalam
  • Funtouch OS mungkin tidak sesuai dengan semua citarasa
  • Peningkatan tidak terlalu signifikan kecuali pada kamera telefoto dan bateri.

image is not available