Ulat Gonggok, Puntung Rokok Hingga Bahan Makanan Depan Tandas, Isu Kebersihan MBG Kembali Jadi Perhatian

LocalFood
12 Sep 2026 • 10:45 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Ulat Gonggok, Puntung Rokok Hingga Bahan Makanan Depan Tandas, Isu Kebersihan MBG Kembali Jadi Perhatian

INDONESIA – Program Makan Bergizi Gratis (MBG) kembali menjadi perhatian selepas beberapa insiden berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di Indonesia.

Terbaharu, ulat gonggok ditemukan dalam menu MBG yang disediakan untuk penerima di Pos Pelayanan Terpadu (Posyandu) Kembang Sawit, Lariang, Pasangkayu, Sulawesi Barat pada 10 September lalu.

Ulat gonggok tersebut ditemui oleh petugas Posyandu ketika memeriksa makanan sebelum ia diedarkan kepada penerima. Hidangan berkenaan dilaporkan belum sempat dimakan dan SPPG yang menyediakan makanan itu kemudian digantung sementara.

Bahan makanan pula diletakkan depan tandas

Dalam kejadian berasingan di Blora, Jawa Tengah, pemeriksaan Dinas Kesihatan Daerah (Dinkesda) di SPPG Sukorejo 2 menemukan bahan makanan yang disimpan di lokasi tidak sepatutnya.

Antaranya, tempe untuk menu MBG ditemukan diletakkan betul-betul di hadapan pintu tandas dapur. Pemeriksaan itu dilakukan selepas laporan mengenai ratusan pelajar yang mengalami gejala seperti loya, muntah, cirit-birit dan pening selepas menikmati menu MBG.

Pihak Dinkesda menyifatkan kaedah penyimpanan tersebut tidak mengikut prosedur keselamatan makanan, selain beberapa bahan lain turut ditemukan tidak disimpan mengikut ketetapan.

Susulan kejadian itu, terdapat cadangan supaya operasi SPPG berkenaan ditutup secara kekal.

Sebelum ini, puntung rokok turut ditemukan

Isu sama bukan pertama kali berlaku.

Pada Mei lalu, menu MBG di Wonogiri turut menjadi perhatian selepas puntung rokok ditemukan bercampur dalam hidangan oseng teri dan tempe yang disediakan untuk kanak-kanak di KB Pesido.

Pihak SPPG ketika itu mengambil tindakan dengan menarik semula makanan berkenaan dan menggantikannya dengan hidangan baharu.

Beberapa insiden berbeza ini kemudiannya kembali dikongsi pengguna media sosial, dengan ramai mempersoalkan tahap kawalan kebersihan serta pemeriksaan makanan sebelum hidangan dihantar kepada penerima.

Bagaimanapun, setiap kes berlaku di lokasi dan masa yang berbeza, jadi ia tidak wajar dianggap sebagai satu kejadian yang sama. – The Malaysian Update

The post Ulat Gonggok, Puntung Rokok Hingga Bahan Makanan Depan Tandas, Isu Kebersihan MBG Kembali Jadi Perhatian appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved