'Ulat' perdaya dua pelancong Australia di KLIA ditahan

LocalPolitics
20 Dec 2024 • 3:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti khidmat kereta sewa haram di KLIA Terminal 2, Sepang, pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Yusri

SEPANG - Berlegar di balai ketibaan sebelum menghampiri dan memujuk dua pelancong warga Australia untuk menggunakan khidmat kereta sewa haram.

Itu antara taktik yang dikesan Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi Op Teksi Haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini, pada Khamis.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi itu telah mengesan seorang lelaki tempatan berlegar-legar di balai ketibaan, kira-kira jam 12.35 tengah hari.

Katanya, lelaki itu kemudian menghampiri dua warga Australia dan dipercayai menawarkan khidmat kereta sewa haram.

"Pelanggan itu kemudian dibawa ke kawasan parkir untuk menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

"Lelaki terbabit kemudian ditahan pasukan operasi dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, kenderaan itu telah disita dan pemandu berusia 46 tahun itu direman sehari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved