UM Buat Laporan Polis, Nafi Tuduhan Penyelia Curi Hasil Kajian Calon PhD Antarabangsa [Video]

30 Aug 2022 • 10:17 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Semalam (29 Ogos), tular video seorang pelajar antarabangsa yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) mendakwa hasil penyelidikan diambil oleh penyelia daripada Universiti Malaya (UM) tanpa pengetahuannya.

Susulan video tular tersebut, pihak UM telah membuat laporan polis dan bersedia untuk memberi kerjasama dalam membantu siasatan.

UM nafi dakwaan penyelia curi hasil kajian penyelidikan pelajar

Pejabat Komunikasi Korporat UM menerusi satu kenyataan memaklumkan, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields itu bertujuan menafikan dakwaan pelajar dari Yaman berusia 34 tahun itu.

Menurutnya, pihak Universiti Malaya juga akan mengkaji tindakan perundangan yang bersesuaian terhadap pelajar antarabangsa terbabit.

Hasil penyelidikan dan ilmiah menjadi hak milik universiti

“Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.

“Bagaimanapun (dalam isu ini) universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu calon menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester.

“Selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada masa yang sama, UM turut memaklumkan bahawa pihaknya juga mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu pelajar terbabit.

Bagaimanapun, katanya, calon itu didapati masih tidak mampu untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh lanjutan yang diberikan.

image is not available

Tular di media sosial video dakwaan pelajar terbabit

Terdahulu, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mvrasmi, calon Phd terbabit membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Polis mengesahkan terima laporan dan kes dirujuk ke Cheras

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan perkara itu.

“Ada (terima laporan), tetapi kes dirujuk ke Cheras,” katanya ringkas.

Source: