UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil

LocalTechnology
29 Sep 2024 • 9:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Izz Imil ketika mendaftar diri di Universiti Malaya pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) hari ini mengesahkan kemasukan pelajar cemerlang berusia 12 tahun, Izz Imil Sharom yang juga merupakan pelajar termuda universiti itu sejak penubuhannya pada 1962.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dalam kenyataan berkata, kanak-kanak itu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Malaya.

Beliau berkata, Izz Imil telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh universiti dan diluluskan Senat Universiti bagi menyambung pengajian di UM.

"Memandangkan usia Izz Imil yang begitu muda, pihak universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang dan privasi kepada pelajar berkenaan melalui proses pembelajaran dan penyesuaian diri di universiti.

"Perkara ini penting bagi membolehkan beliau dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik,” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang memaparkan Izz Imil berjaya memasuki universiti itu sekali gus mencatat sejarah pelajar termuda berjaya mendaftar masuk ke UM sejak penubuhannya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved