
Menurut laporan daripada Kompas TV, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta sudah mula menunaikan solat tarawih 2 hari lepas (6 Mac 2024) dan terus menyambut 1 Ramadan semalam.
Untuk pengetahuan korang, jemaah Aolia di sana berbeza dengan majoriti ajaran agama Islam yang lain.


Imam masjid tersebut yang dikenali sebagai KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo juga memaklumkan solat tarawih yang dilaksanakan di Masjid Aolia sama dengan di tempat lain.
(Shalat tarawih) saya dengan witirnya itu 23 (rakaat).
Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan.
Selain itu, KH Ibnu Hajar juga berharap agar umat Islam yang lain menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia kerana mereka memahami perbezaan ini.
Pendapat korang? Mungkin mufti atau pihak yang lebih pakar boleh menjelaskan tentang isu ini. Apa-apa pun sebagai umat Islam di Malaysia, kita tetap akan mula berpuasa mengikut tarikh yang sudah ditetapkan pada minggu hadapan.
Kredit: Kompas TV
+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media


