Umat Islam wajib sokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan: JMNPk

LocalPolitics
5 Jul 2024 • 12:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Semua umat Islam wajib memberikan sokongan terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) berkata, RUU berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memperkemaskan tadbir urus hal ehwal Islam terutamanya membabitkan isu pada Perkara 4.

Menurutnya, Perkara 4 menakrifkan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada sudut akidah yang bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

"Ia turut diberikan penekanan kepada Fiqh Mazhab Syafie dan meraikan tiga mazhab lain serta perkara yang berkaitan dengan ilmu tasawuf melalui Imam al-Ghazali dan Imam Junaid al-Baghdadi.

"Ianya perlu diperkasakan demi menjamin kesejahteraan umat Islam di bumi bertuah ini," katanya dalam perkongsian di Facebook.

Susulan itu, katanya, JMNPk menyokong penuh pelaksanaan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024.

Tambahnya, RUU itu perlu diperkasakan demi menjamin kesejahteraan umat Islam di negara ini.

“Maka seluruh umat Islam khususnya wajib memberikan sokongan kepada pelaksanaan ini,” katanya.

Pada Selasa lalu, tiga Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan hal ehwal Islam dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia turut membabitkan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 bertujuan mengadakan peruntukan mengenai mufti, penentuan mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara berkaitan. – 5 Julai, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved