“Umi Kata Kalau Umi Pergi Kakak Jangan Nangis, Dekat Dunia Ramai Orang Benci Umi..” – Anak Sulung Pasangan Korban Sungai Korok

LocalFamily & Parenting
9 Jul 2025 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform Threads, baru-baru ini, tular video temubual pihak media bersama anak sulung pasangan yang terkorban akibat lemas di Sungai Korok, Kedah.

Mimpi arwah ayah, pesan jangan bersedih

Anak sulung yang bernama Puteri Qisya Nur Izzat, 12, memaklumkan dia mimpi arwah ayahnya yang memberi pesanan agar tidak bersedih dan akan jaganya daripada jauh saja.

Bukan itu saja yang membuatkan warganet berasa sayu melihat video tersebut, malah kata-kata arwah ibu sebelum pemergiaannya juga telah menyentuh hati ramai pihak.

Nasihat terakhir arwah umi buat Qisya..

Umi cakap kalau umi pergi, kakak jangan nangis. Kalau umi nak pergi, Inshallah umi bawa semua. Supaya nanti tak menyusahkan orang. Dekat dunia pun ramai orang benci umi, umi tak mahu nanti ramai nak minta pahala umi.

Dalam pada masa yang sama, Qisya berkata malam sebelum bergerak, adik yang keempat peluk dirinya dengan sangat erat seakan-akan dapat mengetahui itu merupakan momen terakhir bersama.

Sekadar info, keenam-enam ahli keluarga itu dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jerlun kerana Mohamad Azim dijadualkan masuk kerja sebagai pengawal keselamatan pagi itu. Segala usaha menghubungi mereka gagal, sehinggalah penemuan kenderaan yang tenggelam di Sungai Korok pagi Ahad.

image is not available 1 day ago

Jual Roti Canai Harga Murah, Kemuliaan Pasangan Korban Sungai Korok Berniaga Dipuji Ramai - “Arwah Kata Niaga Untuk Teruskan Hidup..”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved