“Umi Marah Ke?” – Termuntah Atas Katil Hospital, Pertanyaan Anak Hidap Kanser Pada Ibu Bikin Netizen Sebak

EntertainmentFamily & Parenting
5 Oct 2022 • 12:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di kala kanak-kanak yang seusia dengannya bergembira melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, namun berbeza pula dengan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Fayyadh ini yang perlu bertarung nyawa melawan dengan penyakit sedari usianya 4 tahun.

Dia yang dahulunya mempunyai fizikal yang sihat dan mampu bergerak aktif seperti kanak-kanak lain kemudiannya disahkan menghidap penyakit kanser otak tahap 4.

@0azkiaaeera0 image is not available. Yang ternampak vtt ni, mohon doakan abang Muhammad Umar Fayyadh . Terima kasih #fypシ ♬ Ya Allah – Wali

Pertanyaan Fayyadh pada ibu buat netizen sebak

Terbaru, tular satu video dimuat naik ibu Fayyadh yang menjaganya di hospital yang mengundang rasa sebak netizen ketika kanak-kanak itu termuntah di atas katil.

Dalam keadaan yang lemah, kanak-kanak itu menangis dan bertanyakan kepada ibunya sekiranya marah kepadanya kerana termuntah di atas katil.

Umi marah ke Umi?

Mendengar soalan Fayyadh itu, ibunya pantas menjawab bahawa dia tidak memarahi langsung anaknya lalu menciumnya.

Mana ada Umi marah, biasalah ni abang muntah, takpe, okay?

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat situasi itu dan mendoakan agar adik Fayyadh cepat sembuh.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok 0azkeeaaeera0

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media