
PELAKON Ummi Nazeera tular menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional.
Ummi Nazeera atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin viral di portal media tempatan menjadi salah seorang Ahli Dewan Tertinggi pertubuhan itu.
Suami Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani tampil menjelaskan tentang isu terbabit dan menekankan NGO yang disertai isterinya tiada kaitan dengan parti politik.

“Saya mengambil maklum mengenai tularnya isu isteri saya menyertai Muafakat Nasional, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah seorang ahli.
“Pertubuhan Muafakat Nasional ini bukannya sebuah parti politik dan juga tidak merujuk kepada pakatan parti UMNO dan PAS yang dibentuk pada tahun 2019.
“Setelah saya amati, pertubuhan Muafakat Nasional ini bepegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Jelas Dr Mohd Izzar, Ummi Nazeera akan mengambil pendekatan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
“Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, beliau perlu bersikap neutral serta tidak menggunakan platform beliau untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.
“Jika tidak, saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalang beliau. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Selamat maju jaya kepada pertubuhan Muafakat Nasional,” kongsinya.

Menerusi tinjauan SinarPlus, Muafakat Nasional didaftarkan oleh pengasasnya, Datuk Shahrul Nizam Yunos pada 19 September 2019 manakala Datuk Seri Annuar Musa merupakan presiden.
Terkini, NGO berkenaan telah menerima pendaftaran lebih 20,000 orang dari seluruh negara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
The post Ummi Nazeera sertai Muafakat Nasional, suami rungkai kekeliruan, akan halang jika tidak neutral appeared first on Sinar Plus.
