UMNO belum bincang terima semula KJ – “Saya cuma jumpa beliau di majlis kahwin”

LocalPolitics
4 Nov 2025 • 3:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi menafikan dakwaan ada membincangkan kemasukan semula bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin ke dalam parti tersebut di sebuah majlis perkahwinan.

Menurut laporan Free Malaysia Today, beliau mengakui berjumpa dengan Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ namun, tiada berlakunya perbincangan berkaitan hal tersebut.

UMNO belum bincang

image is not available

“Saya cuma berjumpa dengan beliau di majlis perkahwinan. Kita tidak berbincangkan apa-apa pun,” katanya selepas menghadiri ‘Festival of Ideas’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Paa Januari 2023, bekas menteri kesihatan dan Ahli Parlimen Rembau tiga penggal itu dipecat UMNO gara-gara melanggar disiplin parti semasa PRU15.

Beliau pernah secara terbuka mengkritik Zahid Hamidi menjelang PRU15, khususnya selepas Barisan Nasional (BN) menamakan dirinya sebagai calon di kawasan bandar Sungai Buloh, kubu kuat Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya menyaksikan beliau tewas kepada calon PKR, R Ramanan.

UMNO belum bincang

image is not available image is not available

Susulan prestasi buruk BN dalam pilihan raya tersebut, Khairy turut menggesa Zahid berundur daripada jawatan Presiden UMNO.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan KJ dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung hujung bulan depan.

Sumber: Free Malaysia Today (FMT)