
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Ahmad Maslan mencadangkan Umno membuka “war room” di enam Parlimen milik Bersatu sebagai “persediaan awal”.
Beliau yang juga ketua sekretariat war room Umno pusat berkata demikian susulan pindaan perlembagaan Bersatu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan yang diluluskan sebulat suara dalam perhimpunan agung khas, semalam.
Ahmad merujuk kepada Parlimen Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Labuan, Bukit Gantang dan Tanjong Karang, yang mana penyandangnya kini isytihar menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Bekas setiausaha agung Umno itu berkata, mengikut pengalamannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) tiada masalah meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu.
SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more “Mengikut pengalaman saya sebagai setiausaha agung Umno yang melalui pindaan perlembagaan parti tahun lalu, jika segalanya (pindaan) dibuat teratur dan mengikut syarat, maka kebiasaannya RoS (JPPM) akan meluluskan pindaan itu.
“Saya menjangkakan RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu. Jadi, Umno yang sebelum ini bertanding di enam kerusi Parlimen berkenaan perlu proaktif dan membuat persiapan rapi bagi PRK dengan membuka ‘war room’ di enam Parlimen itu,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau ditemui selepas merasmikan bengkel penerangan sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dan pengucapan awam Umno Bahagian Pontian.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata mengikut pengalaman sebelum ini, selepas terima kelulusan JPPM berkaitan pindaan perlembagaan, parti akan hantar perutusan kepada speaker Dewan Rakyat memaklumkan mengenai kekosongan kerusi, sesuai dengan Akta Anti Lompat Parti.
Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata selaras pindaan perlembagaan parti keahlian Ahli Parlimennya yang mengalih dan akan mengalih sokongan terbatal secara automatik.
Katanya, selepas pindaan itu dikuatkuasakan dan mendapat kelulusan JPPM, pihaknya akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen terbabit yang mengalih sokongan.
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Setakat semalam, Syed Hussin, Suhaili dan Zulkafperi memberi maklum balas tidak akan mengosongkan kerusi dan akan menyerahkan kepada mahkamah sama ada perlu bagi mereka berbuat demikian.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
